Skuad Harimau Malaya dijadualkan akan mempunyai 3 perlawanan pada bulan hadapan dimana 2 daripadanya adalah perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Menurut maklumat yang telah dikeluarkan oleh pihak FAM, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan Bahrain terlebih dahulu pada 22 Mac 2020 sebagai persiapan terakhir sebelum berentap dengan pasukan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020.

Manakala pada 31 Mac 2020 pula, pasukan Vietnam akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan ini adalah perlawanan terakhir pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 ditempat sendiri.

81568123414_PialaDunia

Berdasarkan jadual perlawanan yang telah disahkan ketika ini untuk semua pasukan – Bahrain, UAE, Vietnam dan Malaysia, termasuk perlawanan persahabatan, Malaysia dijangka akan mampu mengaut kira-kira 39.22 mata FIFA Ranking sekiranya berjaya menang kesemua 3 perlawanan tersebut.

Jumlah mata tersebut bakal menjadikan Malaysia mengumpul kira-kira 1,079 mata dan berkemungkinan mampu melonjak ke ranking sekitar 135-145 dunia dari kedudukan semasa di 154.

Bagaimanapun, fokus utama adalah untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023 secara automatik dan ia pasti akan secara langsung memberikan impak kepada kedudukan ranking FIFA Malaysia seterusnya mampu membawa kita ke kedudukan lebih terhormat.

Sama-sama kita berikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya untuk perlawanan yang akan datang ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’

FIFA Ranking: Malaysia Kekal Dikedudukan 154 Dunia, Palestin Muncul Sebagai ‘Biggest Movers’

Slot AFC Cup Akan Diberikan Kepada Juara Piala FA Dan Naib Juara Liga Super Mulai 2021