Selepas saingan Thai League disahkan akan disambung semula pada bulan September 2020 hingga Mei 2021- bermula dengan perlawanan ke-5, banyak persoalan yang timbul terutamanya berkenaan pelepasan pemain-pemain dari ASEAN untuk menyertai saingan AFF Suzuki Cup 2020.

Disebabkan tarikh kejohanan AFF Suzuki tidak berada dalam kalendar kejohanan antarabangsa FIFA, kelab memiliki hak untuk tidak melepaskan pemain mereka untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Melihat kepada fenomena ini, skuad kebangsaan Filipina mungkin terjejas teruk sekiranya kelab berkeras tidak mahu melepaskan pemain-pemain kerana skuad itu mempunyai sekurang-kurangnya 12 pemain yang kini beraksi dengan kelab Thai League.

Keadaan ini pastinya akan melumpuhkan terus kekuatan Filipina disebabkan majoriti tonggak utama skuad kebangsaan mereka berada di Thailand.

Dari perspektif kelab pula, dirasakan mereka tidak mahu lagi kehilangan aset penting mereka selepas terpaksa ‘bercuti’ panjang ketika ini sehingga September dan pastinya akan cuba memaksimakan apa sahaja dalam kapasiti mereka untuk terus ‘survive‘.

12 pemain Filipina yang kini beraksi dalam saingan Thai League 1 adalah;

  • Micheal Falkesgaard (TRUE Bangkok United)
  • Kevin Ingreso (Buriram United)
  • Alvaro Silva ( BG Pathum United)
  • Carli de Murga (Chonburi)
  • Daisuke Sato ( SCG Muangthong United)
  • Martin Steuble (Port FC)
  • Ian Ramsay (PT Prachuap)
  • Javier Patino (Ratchaburi Mitrphol)
  • Luke Woodland (Ratchaburi Mitrphol)
  • Patrick Deyto (Suphanburi)
  • Patrick Reichelt (Suphanburi)

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

“Secara Peribadi Nguyen Quang Hai Adalah No.1, Tetapi Dalam Bola Sepak Kelas Dunia Dia Adalah Nothing”

Top 4 Thai League Pada Bulan Disember 2020 Akan Terima Slot Beraksi Dalam AFC Champions League