Beberapa hari yang lalu, pihak penganjur liga bola sepak Filipina iaitu Philippines Football League (PFL) mengesahkan bahawa saingan liga dinegara itu akan disertai oleh sebuah pasukan pembangunan pemain-pemain muda Filipina mulai musim 2020.

Pasukan pembangunan yang dikenali dengan nama Azkals Deelopment Team FC (ADT FC) dibawah kendalian Goran Milojevic akan muncul sebagai pasukan ke 7 dalam saingan PFL 2020 selepas Ceres–Negros FC, Global Makati FC, Kaya FC–Iloilo, Mendiola FC 1991, Philippine Air Force FC, dan Stallion Laguna FC.

Skuad ADT FC itu rata-rata akan diperkuatkan oleh pemain-pemain bekas skuad Sukan SEA 2019 yang lalu akan menerima faedah besar apabila beraksi secara kompetitif dengan pasukan-pasukan seperti Ceres Negros yang ternyata sebuah pasukan yang hebat dan ini bakal membuahkan hasil yang lebih berkualiti untuk bola sepak Filipina.

Diantara pemain-pemain yang bakal menguatkan skuad ADT FC musim 2020 itu nanti adalah Jarvey Gayoso, Curt Dizon, Marvin Angeles, Elias Mordal, Anthony Pinthus, Edison Suerti, Mar Diano dan Kristofer Reyes.

Inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) ini dijangka akan memacu pembangunan bola sepak remaja dan memberi manfaat kepada bola sepak Filipina untuk jangka masa panjang dengan menyediakan peluang kepada bakat muda memiliki lebih masa bermain diatas padang seterusnya mempercepatkan peningkatan kualiti pemain.

Saingan PFL bakal membuka tirai musim 2020 pada bulan Mac nanti, dan juara saingan PFL akan menerima slot automatik peringkat kumpulan saingan AFC Champions League musim 2021.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

Skuad Harimau Malaya Berpeluang Kaut Hampir 40 Mata FIFA Ranking Jika Menang Semua Perlawanan Bulan Mac 2020

Pemain Berusia 19 Tahun Bangkok United Sah Sertai FC Tokyo Secara Pinjaman Selama 1 Musim