Selepas pihak AFC mengesahkan tarikh bagi baki perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022, Vietnam terus mencari lawan yang setara atau lebih berkualiti bagi menguji kekuatan sebelum berdepan dengan Malaysia.

Semalam, VFF memberikan satu kenyataan bahawa mereka telah menerima jemputan dari pasukan kebangsaan Kyrgyzstan yang kini menghuni FIFA ranking 96 dunia untuk mengadakan perlawanan ujian sebagai medan persiapan akhir.

Perlawanan itu yang dijangka akan berlangsung di Hanoi pada 8 Oktober 2020 kerana kedua-dua pasukan tidak mempunyai perlawanan peringkat kumpulan. Selain itum skuad Kyrgyzstan juga dijadualkan bertemu Myanmar pada 13 Oktober 2020 di Mandalay dan ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk kedua-dua pasukan.

Vietnam sememangnya mahu mencari lawan yang setaraf untuk memastikan skuad mereka dapat lawan berkualiti bagi mencari tempat ke pusingan 3 kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Selepas perlawanan bertemu Kyrgyzstan, skuad bimbingan Park Hang-seo akan terbang ke Kuala Lumpur untuk berdepan dengan Malaysia yang berada dalam momentum terbaik layak ke pusingan seterusnya sebelum penangguhan pada bulan Mac lalu.

Perlawanan pada 13 Oktober itu nanti amat penting untuk kedua-dua pasukan kerana bakal menentukan perjalanan mereka samada mampu layak ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2022.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Projek ‘Derma’ Urawa Reds Berjaya Kumpulkan Dana Berjumlah RM1.43 Juta Dalam Tempoh 24 Jam.

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group