Semalam merupakan hari yang cukup bersejarah bagi Filipina apabila pasukan bola sepak wanita negara itu telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2023 buat kali pertama selepas menewaskan Chinese Taipei di peringkat suku akhir Piala Asia Wanita 2022 di India.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Namun begitu, Filipina akhirnya berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 49 menerusi Quinley Quezada sebelum Chine Taipei bangkit menyamakan kedudukan pada minit 82 melalui Zhuo Li-Ping

Keputusan 1-1 kekal dalam tempoh 90 minit sekaligus memaksa perlawanan diheretkan ke masa tambahan sehingga menuju kepada penentuan sepakan penalti. Filipina berjaya memenangi sepakan penalti itu dengan keputusan 4-3.

Dalam saingan Piala Asia Wanita, 4 pasukan yang mara ke separuh akhir akan mendapat tiket automatik ke Piala Dunia 2023 di New Zealand dan Australia. Selain Filipina, tiga lagi pasukan yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia Wanita ialah Korea Selatan, Jepun dan China.

Di peringkat separuh akhir, Filipina dijadualkan berdepan Korea Selatan pada 3 Februari 2022 manakala China akan berdepan juara bertahan, Jepun. Manakala 3 pasukan yang kalah di peringkat suku akhir turut berpeluang menempah tiket ke Piala Dunia.

Ini kerana tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023 iaitu Australia telah tersingkir di suku akhir apabila tewas 0-1 kepada Korea Selatan sekaligus membuka peluang kepada Thailand, Vietnam dan Chinese Taipei untuk memburu satu lagi slot ke Piala Dunia menerusi format repechage.

Tiga pasukan ini akan berentap pada 2 Februari hingga 6 Februari dan hanya pasukan teratas dalam kumpulan sahaja akan dapat tiket automatik ke Piala Dunia Wanita 2023.

Thailand berpeluang menjadi wakil Asia Tenggara kedua mengiringi Filipina beraksi di kejohanan bola sepak wanita yang paling berprestij itu jika mereka berjaya menewaskan Vietnam dan Chinese Taipei.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kelab Liga Perdana Singapura Bakal Nikmati Lebih Banyak Perlawanan

Sasalak Haiprakhon Kembali Ke Buriam United

Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri

Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC

Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B