Skuad U18 Malaysia dibawah kendalian Bojan Hodak dan juga Hairuddin Omar, akan menyertai kejohanan Sanix International Youth Soccer Tournament 2018 yang akan berlangsung di Fukuoka, Jepun dari 15 Mac sehingga 18 Mac 2018.

Seramai 27 pemain berumur bawah 18 tahun telah dipilih untuk menyertai sesi latihan pusat di Kelana Jaya dan juga Johor Bharu sebelum berlepas ke Fukuoka pada 12 Mac nanti.

Sanix International Youth Soccer Tournament 2018

Kejohanan bola sepak remaja ini merupakan satu acara tahunan yang ditaja oleh Sanix, sebuah syarikat pembangun panel solar di Jepun dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kyushu (Kyushu FA), dengan edisi pertama diadakan pada tahun 2003.

Bagi edisi 2018, 4 pasukan dari luar negara telah dijemput untuk menyertai kejohanan ini iaitu:

  1. Russia: Izhorets-Inkon Youth FC
  2. Taiwan: Qing Shui HS
  3. Korea Selatan: Gwangju FC Youth
  4. Malaysia: Malaysia U18

12 pasukan dari Jepun akan melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini iaitu:

  1. FC Tokyo Youth
  2. Vissel Kobe Youth
  3. Sagan Tosu Youth
  4. Avispa Fukuoka Youth
  5. Aomori Yamada High Shool
  6. Maebashi Ikue High School
  7. Ryutsu Keizai High School
  8. Ichiritsu Funabashi High School
  9. Higashi Fukuoka High School
  10. Tokai Univ. High School
  11. Juara U17 Kyushu Soccer Tournament – Ozu Kenritsu High School
  12. Naib Juara U17 Kyushu Soccer Tournament. – Nissho Gakuen High School

Format Kejohanan Sanix International Youth Soccer Tournament 2018

Semua 16 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini akan dibahagikan dalam 4 kumpulan yang mempunyai 4 pasukan yang telah ditetapkan seperti berikut.

Kumpulan A: Malaysia U18, Maebashi Ikue High School, FC Tokyo Youth, Ozu Kenritsu HS
Kumpulan B: Russia, Ichiritsu Funabashi HS, Avispa Fukuoka Youth, Nissho Gakuen HS
Kumpulan C: Gwangju FC Youth, Aomori Yamada HS, Vissel Kobe, Higashi Fukuoka HS
Kumpulan D: Shimizu HS, Ryutsu Keizai HS, Sagan Tosu Youth, Tokai Univ HS

2018-03-04_21-07-18

Mengikut format kejohanan, 2 pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati Sanix Cup 2018, manakala 2 pasukan terbawah setiap kumpulan pula akan layak ke pusingan kalah mati Global Arena Cup.

Skuad Bojan Hodak akan bertemu dengan Maebashi Ikue HS dalam perlawanan pembukaan, pada 15 Mac 2018, jam 10 pagi waktu tempatan di Stadium Utama Global Arena. Semua perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan di 4 buah padang di Global Arena dari 15 hingga 16 Mac 2018.

Status Pasukan Lawan Dalam Kumpulan A

Bersama-sama skuad U18 Malaysia bimbingan Bojan Hodak, 3 pasukan lagi adalah dari Jepun iaitu Maebashi Ikue HS, FC Tokyo Youth dan juga Ozu Kenritsu HS.

Tidak ramai yang tahu mengenai kekuatan pasukan ini terutamanya peminat bola sepak Malaysia kerana kekurangan informasi serta kekangan bahasa.

Vocket FC berjaya menjejak status atau kekuatan pasukan-pasukan lawan Malaysia U18 dalam kumpulan A seperti dibawah.

Maebashi Ikue HS: Skuad Sekolah Tinggi Maebashi Ikue ini adalah juara All Japan High School Soccer Tournament 2018, apabila menewaskan Ryutsu Keizai HS 3-2 di perlawanan akhir pada 8 Januari 2018 yang lalu.

news_235770_2

Iikura Riku, penyerang memakai jersi nombor 10 skuad Maebashi Ikue juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak All Japan High School Soccer Tournament bulan lalu selepas meledak 11 gol.

FC Tokyo Youth: Skuad ini pula adalah juara Championship Takamado Premier League 2017 yang berlangsung pada 17 Disember 2017 yang lalu.

5a373408-3dd8-4153-9f8e-3740d3093d95

Dalam perlawanan akhir itu, skuad FC Tokyo U18 ini menewaskan Vissel Kobe U18 3-2 seterusnya muncul sebagai pasukan paling hebat dari semua skuad U18 kelab J.League 2017.

Kedua-dua pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir Championship ini adalah juara kepada Takamado Premier League West (Vissel Kobe U18) dan Takamado Premier League east (FC Tokyo U18).

Ozu Kenritsu HS: Skuad ini pula merupakan juara Kyushu U17 High School Soccer Tournament apabila menewaskan Higashi Fukuoka HS 3-1 dalam perlawanan akhir.

o0960060614125381125

Kejohanan ini dilangsungkan bagi menentukan pasukan manakah yang akan bergelar juara dalam wilayah Kyushu yang disertai oleh juara dan naib juara 8 buah prefektur iaitu:

1)Fukuoka: Higashi Fukuoka HS (1), Chikuyou Gakuen HS (2)
2) Saga: Ryukoku Gakuen (1), Saga Higashi HS (2)
3) Nagasaki: Nagasaki Sou Dai HS (1), Soseikan HS (2)
4) Oita: Yanagigaura HS (1), Oita Kougyou HS (1)
5) Miyazaki: Nissho Gakuen HS (1), Miyazaki Nihon Daigaku HS (2)
6) Kumamoto: Ozu Kenritsu HS (1), Tokaidai Seisho HS (2)
7) Kagoshima: Kamimura Gakuen HS (1), Kagoshima HS (2)
8) Okinawa: Naha Nishi (1), Naha HS (2)

Kami difahamkan bahawa Yakult adalah pihak yang memainkan peranan besar untuk penyertaan pasukan Malaysia U18 dalam kejohanan ini, dan berharap skuad Bojan Hodak mampu memberikan saingan sengit kepada lawan dalam Sanix International Youth Soccer Tournament 2018 ini nanti.