Skuad B-19 Tahun negara memburu khidmat pemain kacukan iaitu Jaami Qureshi bagi menghadapi saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan yang akan bermula pada 14 Oktober mendatang.

Menurut laporan Harian Metro, pengurus skuad B-19, Datuk Kamarul Ariffin bersedia untuk berangkat ke England bagi memantau sendiri perkembangan pemain yang pernah beraksi bersama skuad B-15 Tahun England itu.

“Pemain daripada Brighton and Hove Albion yang dah mewakili England B-15 itu amat menarik minat saya.

“Insya-Allah jika dalam tempoh terdekat kami boleh ke luar negara, saya akan pergi sendiri untuk melihat dan memantau perkembangannya sebab Brighton B-16 menang dengan Arsenal 2-1, dan itu membuatkan saya teruja untuk pergi melihatnya,” katanya.

Jaami Qureshi yang pernah beraksi bersama akademi Brentford, Chelsea dan Fulham itu beraksi sebagai penyerang dan beliau dilihat bakal digandingkan dengan seorang lagi penyerang prolifik negara iaitu Luqman Hakim Shamsuddin sekiranya menyarung jersi skuad B-19 Tahun negara.

Salah satu media terkenal di England, Mirror pernah menyenaraikan Jaami sebagai antara pemain yang mungkin mewakili skuad kebangsaan England pada masa depan kerana kualiti serta kebolehan yang dimiliki pemain itu.

Baca artikel lain mengenai pemain kacukan Malaysia di sini:

Kobe Chong Giat Berusaha Dapatkan Kontrak Profesional Bersama Kelab Eropah

FAM Terima Dokumen Tambahan Marcel Kalonda

FAM Tunggu Dokumen Pengesahan Daripada Marcel Kalonda Dan Harry Edge

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group