Ekoran penularan wabak Coronavirus (Covid-19) yang sedang melanda Jepun ketika ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk skuad B-17 tahun negara segera pulang selepas kejohanan Japan-ASEAN U-19 (JENESYS) berakhir.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan perkara ini menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut dimana pihak penganjur telah membatalkan semua program-program yang sepatutnya berlangsung selepas tamat kejohanan.

“Pihak penganjur selepas berbincang dengan Kementerian Luar dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) telah membuat keputusan untuk meneruskan juga baki perlawanan di Kagoshima tetapi membatalkan program susulan di Tokyo.

“Program bersempena JENESYS 2019 ini sepatutnya akan berakhir pada Rabu, 4 Mac 2020 yang mana skuad B-17 kebangsaan dijadual berlepas pulang ke tanah air pada hari berkenaan.

“Namun dengan perkembangan terbaharu ini, semua pasukan yang terlibat termasuk Malaysia akan bertolak pulang dari Kagoshima ke Tokyo pada Ahad, 1 Mac 2020.

Skuad B-17
Sumber Gambar: FAM

“Pihak penganjur sedang menguruskan penerbangan terus ke negara dengan kadar segera, masing-masing sama ada pada 1 atau 2 Mac 2020, bergantung kepada penerbangan.

“Bagi skuad B-17 kebangsaan, sekiranya pada 1 Mac 2020 terdapat waktu penerbangan ke Kuala Lumpur yang mencukupi jumlah tempat duduk, pasukan akan terus pulang ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. Jika tiada, pasukan akan pulang ke Malaysia pada Isnin, 2 Mac 2020.

“Untuk itu, skuad B-17 kebangsaan dijangka tiba di Kuala Lumpur sama ada pada sebelah pagi (waktu Malaysia) 2 Mac 2020 atau petang tarikh yang sama,” kata Stuart.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Tiada Pengesahan Berdepan Pasukan Bhutan, FAM Akan Atur Perlawanan Ujian Berdepan Kelab Dari UAE

FAM Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Bahrain Kerana COVID-19, BFA Akur Arahan Kerajaan Bahrain

FAM Tidak Berhasrat Untuk Mengambil Pemain Naturalisasi Di Posisi Pertahanan