3 September 2015, menjadi tarikh hitam bolasepak Negara. Kita dikejutkan dengan kekalahan besar skuad Harimau Malaya ke atas UAE dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018. Keputusan ini juga terus menenggelamkan keputusan 0-6 ketika menentang Palestin di Stadium Nasional Bukit Jalil beberapa bulan sebelumnya.

Berikutan kekalahan ini jugalah, jurulatih skuad negara ketika itu, Dollah Salleh mengumumkan perletakkan jawatannya. Menarik untuk lihat, kemanakah barisan kesebelasan utama pada malam tersebut?

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi
Sumber Gambar: Asiana.my

Dollah Salleh menggunakan khidmat Khairul Fahmi atau disapa sebagai “Apek” dari pasukan Kelantan bagi menggantikan Farizal Marlias yang dibolosi 6 gol pada perlawanan menentang Palestin. Namun, bukan malam yang terbaik untuk Apek apabila beliau dibolosi empat gol pada awal perlawanan.

Kini, Apek mewakili Melaka United sejak tahun 2018 dan kali terakhir beliau beraksi bersama skuad kebangsaan ialah ketika perlawanan Air Marine Cup menentang Afghanistan.

Afif Amiruddin

mus_2916
FOTO: Stadium Astro

Afif adalah antara pemain daripada skuad Piala AFF 2014 yang melangkah ke Final. Beliau juga direkrut selepas melalui musim yang cemerlang bersama pasukan PDRM.

Kini, beliau beraksi untuk pasukan Pahang FA sejak tahun 2017 dan berjaya mengecapi Piala FA 2018 bersama skuad Tok Gajah. Tiga tahun bersama skuad kebangsaan, Afif telah mengumpulkan 9 kaps di pentas antarabangsa.

Zubir Azmi

351617_gallery
FOTO: Goal.com

Pemain yang berasal dari Terengganu ini juga daripada barisan skuad Piala AFF 2014. Enam tahun bersama skuad Penyu, beliau bertukar arah ke Pahang FA sejak tahun 2017 hingga kini. Mengumpul 27 kaps di peringkat antarabangsa dan terakhir kali menyarung jersi kebangsaan pada perlawanan persahabatan menentang Laos, empat tahun lalu.

Amirizwan Taj

Amiridzwan Taj
FOTO: Perlis Northern Lions

Pemilihan beliau dan Afif lebih kepada keinginan untuk mendapatkan keserasian baharu selepas duo Muslim Ahmad dengan Fadhli Shas dibolosi 6 gol ketika menentang Palestin. Terengganu, PKNS FC adalah antara pasukan yang pernah disertai oleh Amirizwan dalam tahun 2016 hingga 2017.

Kini, beliau beraksi bersama Kelantan United di liga divisyen 3 (M3).  Memungut 14 kaps di peringkat antarabangsa dan kekalahan 10-0 ini jugalah perlawanan terakhir beliau untuk skuad Harimau Malaya.

Safiq Rahim

safiq rahim
FOTO: Asian.my

Memimpin pasukan ketika menentang UAE pada kaps beliau yang ke-63, Safiq pastinya tidak akan melupakan kekalahan di Abu Dhabi. Namun di penghujung tahun 2015, beliau memimpin kelabnya, JDT menjuarai AFC Cup buat pertama kali dalam sejarah.

Selepas enam musim dan mengumpul 10 kejuaraan, beliau berpindah ke Melaka United pada tahun 2019. 75 kaps antarabangsa cukup menggambarkan betapa pentingnya Safiq Rahim dalam 11 tahun karier bersama skuad Harimau Malaya.

S. Kunanlan

i (1)
FOTO: ESPN.com

Beliau juga sebahagian dari skuad AFF 2010, Kunanlan menjadi nadi tengah pasukan dengan larian pantas dari sisi kanan. Namun, malam itu bukan malam yang diinginkannya.

Seperti Safiq Rahim, Kunanlan juga berhasil membawa pulang kejuaraan AFC Cup ke bumi Johor dan akhirnya memungut 74 kaps untuk Harimau Malaya dari tahun 2009 hingga 2017. Kini masih kekal bersama pasukan Harimau Selatan.

Nasir Basharudin

NSTP
FOTO:. NSTP/Goh Thean Howe

Pemain Perak FA ini mencipta debut pertama bersama skuad senior kebangsaan ketika kekalahan teruk 0-6 di tangan Palestin, Nasir sekali lagi menjadi tagihan Dollah Salleh untuk perlawanan di Abu Dhabi.

Mengumpul kaps sebanyak 10 kali, kali terakhir menyarung jersi skuad kebangsaan ialah ketika kemenangan 1-3 menentang Kemboja dan mengumpul 10 caps antarabangsa. Kini masih setia bersama skuad The Bos Gaurus. Apakah mungkin beliau akan akhiri karier sebagai one-club man?

Wan Zack Haikal

Wan-Zack-Haikal
FOTO: Inikan Bola

Melalui kempen Piala FA 2015 yang baik bersama Kelantan FA menjadi asbab Dollah Salleh merekrut Wan Zack Haikal dalam skuad ke Abu Dhabi. Pada musim 2017, beliau berpindah ke Felda United.

Tahun ini, Selangor merekrut Wan Zack tetapi terpaksa diketepikan selama lapan bulan berikutan kecederaan ACL pada awal Januari lalu. Mengumpul 29 kaps antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Junior Eldstal

junior eldstal
FOTO: JST

Junior Eldstal menyerlah ketika menyarung jersi Sarawak FA dan mendapat peluang debut pertama bersama Harimau Malaya pada tahun 2014. Musim 2015 beliau berpindah ke JDT.

Fizikal tinggi beliau menjadi bonus tambahan untuk menentang jaguh Arab namun ianya tidak membantu pada malam di Abu Dhabi. Selepas empat musim di JDT dan juga atas faktor kecederaan, beliau umumkan persaraan dalam sukan bolasepak.

*Info terbaru: Junior telah keluar dari persaraan dan kini bermain di Metropolitan Police di Southern Football League (level ke-7 & 8 piramid).

Amri Yahyah

5 Pemain
FOTO: FOX Sport Asia

Pemain yangpaling berpengalaman dalam skuad negara dengan mengumpul 45 kaps antarabangsa sehingga malam di Abu Dhabi. Tahun yang sama juga Amri memenangi AFC Cup bersama JDT. Namun selepas tiga musim di sana, beliau berpindah ke Melaka United (2017) dan kembali ke pasukan negerinya, Selangor FA pada pertengahan musim 2017 hingga kini.

Hazwan Bakri

1611-VIETNAM-vs-MAS-AHMAD-HAZWAN-BAKRI
FOTO: FAM

Mengumpul 7 gol dalam saingan Liga Super 2016 bersama Selangor FA, Hazwan dilihat berada dalam prestasi terbaiknya. Namun, malam itu serba tidak menjadi bagi penyerang dari Labuan ini.

Penghujung 2015, beliau membantu pasukan Selangor menjadi juara Piala Malaysia. Selepas itu, beliau berpindah ke JDT pada musim 2017 hingga kini, Hazwan Bakri masih lagi dinilai antara penyerang terbaik Negara.

Subs : Zamir Selamat (kini di Pulau Pinang FA), Razman Roslan & Khairul Azhan (Selangor FA)

Daripada barisan 23 pemain ke Abu Dhabi, hanya Matthew Davies dan Nazirul Naim yang masih berada dalam berisan skuad 2019. Bagi UAE pula, lapan pemain masih tersenarai dalam pasukan 2019 termasuk Ahmed Khalil dan Ali Mabkhout yang menyumbang 7 daripada 10 gol pada malam tersebut. Nyatanya, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe kali ini bukanlah skuad ’10-0’ empat tahun lalu.

3 artikel menarik yang berkaitan perlawanan Malaysia bertemu UAE malam ini:

UAE Guna ‘Drone’ Untuk Pantau Sesi Latihan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia

Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Malaysia Dan UAE

5 Pemain UAE Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya