Menjelang perlawanan menentang Malaysia pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, ketua pasukan Thailand, Siwarak Tedsungnoen berhasrat untuk membawa pulang tiga mata daripada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.

Thailand tidak pernah menang apabila berdepan dengan Malaysia di SNBJ dan Siwarak mahu menggunakan rekod tersebut sebagai pembakar semangat bagi dirinya serta rakan sepasukan untuk menampilkan persembahan terbaik sekaligus meraih kemenangan.

Siwarak Tedsungnoen

Sumber Gambar: Changsuek

“Saya berasa gembira kerana dapat kembali beraksi di stadium ini. Perlawanan menentang Malaysia akan menjadi satu perlawanan yang sukar untuk kami. Saya dan rakan sepasukan berazam untuk beraksi dengan baik dan memastikan Thailand meraih kemenangan,” kata Siwarak Tedsungnoen pada sidang media pra-perlawanan semalam.

Penjaga gol berusia 35 tahun yang beraksi bersama Buriram United itu sebelum ini pernah berhadapan dengan Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki tepatnya pada edisi 2010 dan 2018. Namun beliau hanya diletakkan di bangku simpanan dimana Sinthaweechai Hathairattanakool (2010) dan Chatchai Budprom (2018) diturunkan dalam kesebelasan utama.

Siwarak Tedsungnoen

Sumber Gambar: FAM

Dalam carta kumpulan G ketika ini Thailand berada di puncak dengan perolehan tujuh mata. Meskipun mempunyai kutipan mata yang sama dengan Vietnam, namun perbezaan jaringan menjadikan Thailand sebagai pendahulu kumpulan.

Bagi pasukan negara pula, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ketika ini menduduki tangga keempat dengan kutipan tiga mata. Kemenangan ke atas skuad Gajah Perang akan mencerahkan kembali peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Baca artikel mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

Ramalan Kesebelasan Utama Skuad Malaysia Dan Thailand Malam Ini

Tan Cheng Hoe Gesa Pemain Tidak Hanya Beri Fokus Terhadap Chanathip Songkrasin

Akira Nishino Tidak Benarkan Pemain Thailand Ditemu Bual Wartawan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group