Pelbagai isu yang sedang dan telah berlaku dalam persekitaran bola sepak profesional Malaysia seperti yang kita sedia maklum terutamanya berkaitan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan yang bertanding.

Apabila hierarki bola sepak Malaysia dilihat semakin berkembang dengan wujudnya Liga M4 dan juga M5, penyokong mengharapkan Malaysia mampu untuk menyediakan ‘pool’ pemain yang cukup untuk skuad kebangsaan dimasa akan datang.

Namun, bagi pemain-pemain yang baharu sahaja berjaya mendapatkan kontrak profesional mereka dilihat sebagai bayi di arena profesional dan kebarangkalian untuk mereka terjerumus kepada perkara-perkara yang negatif dalam dunia bola sepak profesional cukup terbuka luas tanpa bimbingan yang sewajarnya.

Apa yang kita boleh bantu mereka ini untuk menghadapi dunia bola sepak profesional? Mereka mungkin cukup berbakat diatas padang namun bagaimana perkara diluar padang? Mereka mungkin memerlukan panduan atau pertolongan untuk ‘progress’ dengan cemerlang tanpa menggangu fokus utama.

MFL Boleh Belajar Dari JLeague, ‘Crash Course‘ Dunia Profesional Bola Sepak

Awal Febuari yang lalu, pihak JLeague telah mengadakan satu seminar atau ‘Crash Course‘ kepada semua pemain yang baru sahaja menandatangani kontrak sebagai pemain bola sepak profesional 2019. Program yang dianjurkan selama 3 hari itu bertujuan untuk memberikan satu ‘guide‘ kepada pemain-pemain muda ini untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi dunia bola sepak profesional.

14005_1

Menurut Pengerusi JLeague, Mitsuru Murai dalam ucaptama program itu memberitahu pemain bahawa mungkin impian mereka menjadi pemain bola sepak profesional sudah menjadi kenyataan, tetapi harus diberi perhatian kerana segalanya hanya baru sahaja bermula.

“Mungkin impian besar anda semua sudah pun menjadi kenyataan, tetapi peperangan sebenar hanya baru sahaja bermula.”

“Anda semua perlu sedar bahawa anda (pemain) adalah pemilik perniagaan dan perlu berniaga bersendirian. Sasaran perlu ditetapkan, dan bagaimana pertimbangan serta membuat keputusan untuk merealisasikan perkara itu perlu diteliti dengan rapi.”

“Kemudian, anda semua perlu berfikir bagaimana untuk menaikkan ‘value‘ diri sebagai pemain bola sepak profesional. Kitaran seperti ini adalah cukup penting untuk anda garapkan sebelum turun beraksi dipadang.”

Rebound Mentality‘ Adalah Perkara Teras Pertama Diterapkan

Dalam program hari pertama itu juga Mitsuru Murai ada menjelaskan kepada pemain-pemain mengenai satu perkara yang diberi tajuk ‘Rebound Mentality‘.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Rebound Mentality‘ oleh Jepun ini?

Menurut Pengerusi JLeague, ‘Rebound Mentality‘ ini adalah keupayaan seseorang pemain untuk mengubah satu mentaliti negatif kepada positif dalam tempoh masa yang pantas, mengikut senario yang berbeza.

Perkara ini cukup penting kepada pemain yang beraksi secara profesional untuk kelangsungan karier bola sepak mereka.

11394

Bagi menjelaskan perkara ini, Mitsuru Murai memberikan satu fakta statistik untuk difikirkan dengan sedalam-dalamnya.

“Pemain seperti anda yang muncul sebagai pemain profesional pada 10 tahun yang lalu, berapa ramai yang berjaya buat penampilan bersama pasukan masing-masing dalam 10 tahun ini?”

“Menurut data statistik, dari 117 orang pemain yang memiliki kontrak profesional pertama 10 tahun lalu, 21 orang daripadanya tidak pernah berdiri diatas padang (membuat penampilan) dengan pasukan masing-masing. Ini adalah realiti.”

Fakta seperti ini diberikan kepada pemain-pemain baharu bukan untuk menjatuhkan motivasi mereka sebaliknya untuk menguji ‘Rebound Mentality‘ mereka supaya sedar apa yang berlaku dalam dunia profesional dan membuat persiapan yang cukup untuk bersaing.

Menurut seorang pemain sekolah tinggi dai Nagasaki yang berjaya menandatangani kontrak profesional bersama Cerezo Osaka, Ando Mizuki;

“Bola sepak profesional, menang atau kalah – ia satu dunia yang ‘severe‘, menang untuk semua orang disekeliling adalah penting tetapi tidak tewas kepada diri sendiri adalah lebih utama. ”

“Jika saya menang kepada diri sendiri, saya mampu untuk mara lebih jauh, saya akan ambil peduli mengenai perkara ini dan lakukan yang terbaik.”

Seorang lagi pemain, Hirakawa Rei yang mengikat kontrak profesional bersama FC Tokyo memberitahu;

“Perang sebenar baru sahaja bermula. Saya sedar bahawa saya perlu lakukan semuanya sendiri untuk maju.

‘Tidak Berputus Asa Dan Bertanggungjawab Menggalas Misi”

2 lagi topik dari Mitsuru Murai pada hari pertama adalah ‘Heko Tarenai Jibun‘ atau bagaimana mencipta diri yang tidak berputus asa dan juga tanggungjawab sebagai pemain untuk menggalas misi yang diberikan.

  • Heko Tarenai Jibun (Tidak Berputus Asa)

Perkara ini seperti adalah diantara ‘attribute‘ penting yang perlu ada dalam jiwa seorang pemain bola sepak tidak kira dimana sahaja. Mereka menjelaskan bahawa perkara ini wajib dibawa dalam diri tidak kira dalam perlawanan, latihan atau pun diluar konteks bola sepak itu sendiri.

14019_3

Kejayaan seseorang pemain itu bergantung kepada sejauh mana keupayaan mereka untuk ‘mencipta’ diri yang cukup kebal dari sifat mudah berputus asa untuk mara lebih jauh dan belajar sesuatu yang baru.

  • Tanggungjawab Menggalas Misi

Pemain-pemain baharu ini turut diberikan pendedahan mengenai betapa pentingnya untuk mereka memahami dan mengambil tanggungjawab sebagai pemain bagi menggalas tugas atau misi yang diberikan.

Sudah pasti setiap pemain itu akan diberikan tugas dan tanggungjawab oleh pihak kejurulatihan pasukan dalam menghadapi perlawanan suatu hari nanti. Oleh yang demikian, mereka perlu memahami, bekerja keras untuk membawa misi serta tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Pengerusi JLeague itu juga menyatakan bahawa sebagai pemain bola sepak profesional, mereka perlu tahu bagaimana untuk mengambil tindakan bagi menukarkan sesuatu perkara itu dari keadaan yang tidak stabil kepada sesuatu yang memiliki kemungkinan yang tiada hadnya.

2 kata kunci penting yang ‘diajar’ adalah ‘Keicho Ryoku‘ dan ‘Shucho Ryoku‘.

  • Keichou Ryoku: Keupayaan mendengar atau menerima pandangan dari pihak lain yang baik.
  • Shuchou Ryoku: Keupayaan untuk membuatkan pihak lain faham mengenai pendapat atau kritikan sendiri.

Jelas beliau sebagai pemain profesional, mereka perlu tahu kepentingan untuk melahirkan kitaran ini dan kebanyakan pemain-pemain yang terkenal memiliki persamaan dalam hal ini.

Hiromi Hara: Langkah Keutamaan, Perniagaan Kelab Bola Sepak, Pendapatan Pemain Dan Kelab

14019_2

Sesi seterusnya menampilkan seorang lagi lagenda bola sepak Jepun, Hiromi Hara yang sekarang merupakan Naib Pengerusi JLeague, membincangkan beberapa topik seperti;

  • Langkah Keutamaan Bola Sepak JLeague
  • Perniagaan Kelab Bola Sepak JLeague
  • Penyebaran Maklumat Melalui SNS (Social Networking Service)
  • Hubungan Dengan Komuniti Setempat

“Bermain bola sepak sahaja tidak cukup, diluar padang masih banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu membangunkan kelab dimana ia berkadar terus untuk menaikkan nilai anda sendiri sebagai pemain bola sepak yang profesional.”

“Bukan hanya semata-mata untuk diri anda sendiri, tetapi apa yang dilakukan itu lebih penting kepada kelab.  Apa yang dilakukan untuk kelab akan kembali kepada kita, itu adalah bagaimana ia berfungsi, dan saya beruntung untuk memahami perkara ini.”, kata Kojima.

Sebab untuk muncul sebagai seorang pemain profesional adalah untuk menjadi orang kaya.

Ini adalah satu objektif yang jauh menyimpang sejak dari zaman persekolahan saya. Bukan sahaja didalam padang malahan tindakan diluar padang juga cukup penting dan saya berjaya menanam sifat itu sekarang tambahnya lagi.

Berfikir Bagaimana Cara Untuk Menaikkan Nilai Sebagai Seorang Pemain

Topik seterusnya diadakan secara aktiviti dalam kumpulan dengan tema pertama adalah “Berfikir Bagaimana Cara Untuk Menaikkan Nilai Sebagai Seorang Pemain Bola Sepak“.

Kami cuba menghubungi pihak JLeague untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai topik ini tetapi tidak dibenarkan untuk diterbitkan kepada umum.

11409

Apa yang berlaku adalah setiap pemain dalam setiap kumpulan akan berbincang dan bertukar idea, apa sebenarnya yang perlu mereka lakukan jika mahu menaikkan nilai mereka sebagai seorang pemain.

Pelbagai idea dikeluarkan oleh pemain-pemain muda ini sambil diperhatikan oleh fasilitator bagi membantu mereka membentuk jiwa yang sebenar, dan kesedaran apa yang mereka boleh tawarkan untuk memiliki nilai yang tinggi dalam dunia bola sepak profesional.

Mengetahui Kitaran Bagaimana Membantu Menaikkan Pendapatan Kelab

Topik yang terkandung dalam kategori ‘Perniagaan Kelab Bola Sepak JLeague’ ini juga membincangkan bagaimana sebagai seorang pemain untuk sesebuah kelab, mereka juga bertanggungjawab untuk membantu menaikkan nilai dan pendapatan kelab.

Aksi mereka didalam padang serta apa yang mereka lakukan diluar padang mampu untuk sekurang-kurangnya membantu kelab berada dekat bersama komuniti kerana mereka sebenarnya adalah duta bukan sahaja kepada kelab malahan kepada penaja serta rakan niaga kelab itu sendiri.

Inilah kesedaran yang cuba diberitahu kepada pemain-pemain supaya perspektif mereka lebih terbuka luas untuk melihat bagaimana dunia bola sepak profesional ini sebenarnya.

Yukio Tsuchiya: Menguasai Komunikasi Adalah Cukup Penting.

Topik terakhir untuk Siri 1 ini adalah dari bekas pemain, Yukio Tsuchiya – berusia 41 tahun dan masih beraksi secara aktif.

Beliau menceritakan pengalaman beliau sendiri yang telah berkelana sehingga ke Brazil ketika memulakan aksi profesionalnya, menuntut beliau untuk belajar bahasa lain yang cukup asing bagi memudahkan komunikasi dalam pasukan.

14005_3

Menurutnya, dengan memiliki keupayaan komunikasi yang baik, adalah lebih mudah untuk diterima rakan sepasukan serta jurulatih disamping kecenderungan untuk peluang lebih baik hadir dengan lebih pantas.

“Kita tidak hidup bersendirian dan perlu berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang. Begitu juga dengan bola sepak, sejenis sukan yang tidak dimainkan oleh seorang individu sahaja. Tanpa komunikasi yang bagus, sukar untuk kita maju kehadapan.”

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group