Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan bekas pemain J. League, Takayuki Nishigaya sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan negara itu bagi menggantikan tempat Tatsuma Yoshida yang letak jawatan ketika saingan Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Nishigaya akan dibantu oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun Singapura, Nazri Nasir, yang telah dilantik sebagai penolong jurulatih serta pakar analisis, Koichiro Iizuka.

Bagaimanapun, pelantikan Nishigaya telah dikritik hebat oleh para penyokong Singapura. Ini kerana jurulatih yang berusia 48 tahun itu tiada pengalaman di peringkat antarabangsa serta tidak pernah mewakili skuad kebangsaan Jepun ketika zamannya sebagai pemain.

Mereka turut mempersoalkan kaedah pemilihan jurulatih diamalkan oleh FAS dan berpendapat pasukan kebangsaan Singapura sepatutnya dikendalikan oleh jurulatih yang mempunyai pencapaian hebat di peringkat antarabangsa.

Nishigaya pernah menyarung jersi pasukan gergasi seperti Nagoya Grampus ketika dibawah kendalian Arsene Wenger, Avispa Fukuoka, Tokyo Verdy dan JEF United Chiba dari 1996 hingga 2000.

Beliau kemudian berpindah ke kelab divisyen kedua, Albirex Niigata, pada 2001 sebelum menggantung butnya pada akhir musim.

Selepas itu, beliau menggalas tugas penolong jurulatih di Universiti Tsukuba, Tokyo Verdy, Universiti Chukyo, Albirex Niigata dan Mito Hollyhock, sebelum menjadi ketua jurulatih Mito pada pertengahan 2015 selama dua musim.

Nishigaya kemudian memimpin kelab divisyen tiga, SC Sagamihara pada 2018 sebelum menyertai pasukan liga divisyen dua, Matsumoto Yamaga pada 2019 sebagai jurulatih bawah 18 tahun dan menjadi penolong jurulatih pasukan senior kelab itu pada 2020.

Ujian pertama Nishigaya adalah kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 hingga 14 Jun ini. Singapura akan berdepan pasukan tuan rumah Krygyzstan, Tajikistan dan Myanmar.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penyokong Azul Claro Numazu Kibar Bendera Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Kepada Hadi Fayyadh

ACL 2022: Tewas Kepada Kelab Asean, Media Korea Anggap K League Dipermalukan

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16