Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini mengumumkan senarai awal 27 pemain yang dipilih mewakili negara itu bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.

Paling menarik, Singapura kali ini menyenaraikan seorang pemain naturalisasi dari Korea Selatan, Song Ui-young dari kelab Lion City Sailors. Ini merupakan panggilan pertama Song Ui-young selepas mendapat status warganegara yang sah pada 20 Ogos lepas.

Baca artikel mengenai Song Ui-yong di sini, https://www.vocketfc.com/song-ui-young-pemain-naturalisasi-baharu-singapura/

27 pemain ini akan mula menjalani latihan pusat pada 25 Oktober 2021, dua minggu selepas tamat Liga Premier Singapura (SPL) musim 2021. Walaupun kempen Piala Suzuki AFF 2020 bermula pada 5 Disember, namun mereka membuat persiapan lebih awal untuk memastikan setiap pemain lebih bersedia dari segi fizikal dan kecergasan.

“Senarai awal harus dibuat sekarang bukannya ketika kejohanan semakin dekat. Ini bermakna kita mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan rapi. 27 pemain ini kita akan buat latihan intensif dengan 7 sesi latihan selama 5 hari seminggu. Ini akan menjadi lebih ketat dan kami ingin mengekalkan kualiti dan produktiviti latihan,

“Walaupun kita boleh mendaftarkan 30 pemain, ini tidak bermakna semua pemain dalam senarai awal ini akan terpilih. Saya akan mengambil masa selama enam minggu ini untuk menilai prestasi setiap pemain sebelum membuat senarai akhir.

“Masih ada peluang untuk menambah senarai pemain kerana saya akan memerhatikan pemain muda yang akan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun di Singapura pada akhir bulan ini,” kata kenyataan rasmi daripada Ketua Jurulatih Singapura, Tatsuma Yoshida.

5 pemain dari kelab luar negara termasuk dari Liga Malaysia turut tersenarai iaitu Safuwan Baharudin (Selangor FC), Irfan Fandi (BG Pathum United), M. Anumanthan (Kedah FC), Zulfahmi Arifin (Sukhothai FC) dan penyerang muda, Ikhsan Fandi (FK Jerv, Norway).

Singapura yang merupakan juara 4 kali Piala Suzuki AFF dipilih yang sebagai tuan rumah kejohanan itu. 10 pasukan akan berkampung di sana dengan 3 stadium menjadi pilihan sebagai lokasi perlawanan kumpulan A dan B iaitu Stadium Jalan Besar, Stadium Bishan dan Stadium Nasional Singapura.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kelayakan Piala Dunia 2022: Giliran Arab Saudi Pula Kalahkan Jepun

Kelayakan Piala Dunia 2022: Jaringan Minit Akhir China Kecewakan Vietnam

Penyokong Thailand Yakin Dengan Kemampuan Alexandre Polking

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group