Ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Tatsuma Yoshida hari ini telah mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih untuk membawa cabaran negara itu dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula bulan depan.

Daripada 23 pemain tersebut, 4 daripadanya beraksi dalam saingan Liga Super di Malaysia iaitu Harris Harun (JDT), Safuwan Baharuddin (Pahang), Shakir Hamzah (Singapura) dan Khairul Amri (FELDA United).

Tatsuma turut memanggil 4 pemain dari kelab Liga Thailand iaitu Baihakki Khaizan (Trat FC), Irfan Fandi (BG Pathum), Hassan Sunny (Army United) dan Izwan Mahbub (Nongbua Pitchaya).

SINGAPORE-SQUAD-LIST-27-AUG-2019-768×768

Berbeza dengan negara lain yang sudah pun memulakan kem latihan pusat sejak semalam, skuad singa itu akan menjalani latihan pada hari isnin minggu hadapan (2 September) sebelum menghadapi Yaman di Stadium Nasional pada 5 September.

Selepas itu, mereka dijadualkan menentang Palestin di Stadium Jalan Besar pada 10 September 2019. Selain Yaman dan Palestine, dua lagi pasukan berada dalam kumpulan D bersama Singapura ialah Arab Saudi dan Uzbekistan.

Mengulas mengenai senarai akhir tersebut, Tatsuma yakin dengan kemampuan barisan pemain yang dipilih setelah menilai prestasi mereka bersama kelab masing-masing.

“Saya telah mengikuti perkembangan pemain ini ketika dalam saingan Liga Singapura dan di luar negara selama tiga bulan, dan semua pemain ini memang layak berada dalam skuad kebangsaan berdasarkan prestasi bersama kelab masing-masing.

“Saya yakin dengan kemampuan mereka dan kami akan menghadapi semua perlawanan dengan mentaliti yang positif. Saya berasa sangat tenang dan tidak sabar untuk membuat persiapan akhir kerana kami mahu menang di halaman sendiri,” katanya seperti dipetik dalam laman web rasmi FA Singapore.

Artikel lain berkaitan dengan pemain Singapura, baca disini:

Khairul Amri Mahu Lebih Ramai Pemain Singapura Beraksi Di Malaysia

Hariss Harun Kecewa Banyak Kerusi Kosong Di Larkin

Hassan Sunny: Liga Thailand Destinasi Impian Pemain Asia Tenggara

Sumber