Jaringan daripada dua pemain import pasukan Kedah dan Pahang memastikan Singapura melakar kejutan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila mereka menewaskan pasukan di ranking 102 dunia, Palestine, 2-1 di Stadium Jalan Besar semalam.

Kemenangan juga merupakan yang pertama buat jurulatih baharu pasukan itu, Tatsuma Yoshida dalam perlawanan kompetitif. Ia turut melakar sejarah dalam bola sepak mereka kerana ini kali pertama Singapura mencatat kemenanngan ke atas negara Timur Tengah sejak tahun 2013.

Kali terakhir, mereka mengalahkan Syria 2-1 di bawah bimbingan jurulatih Bernd Stange.

DSC_0072-768×515

FOTO: FAS

Singapura bermula dengan garang sejak awal perlawanan dan kerap meletakkan tekanan kepada benteng pertahanan Palestine. Usaha mereka itu berjaya membuahkan hasil apabila Shakir Hamzah membuka akaun jaringan melalui rembatan dalam kotak penalti pada minit ke 3.

Bagaimanapun, kegembiraan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila pemain Palestine, Yaser Hamed, berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada 10 minit kemudian. Tersentak dengan jaringan itu, Singapura terus mengandakan asakan untuk mencari jaringan kedua.

Pada minit ke 33, Stadium Jalan Besar sekali lagi bergema dengan sorakan penyokong apabila Safuwan Baharudin yang menanduk masuk hantaran daripada bekas pemain Melaka United, Shahdan Sulaiman dari sudut tepi.

DSC_0338-768×549

FOTO: FAS

Kedudukan 2-1 terus kekal sehingga ke wisel penamat sekaligus memastikan Singapura unggul di puncak kumpulan D dengan 4 mata selepas dua perlawanan. Sebelum ini, mereka mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Yemen.

Lagi artikel menarik berkaitan dengan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, klik pautan di bawah.

Gol Safee Sali Kekal Sebagai Gol Terpantas Skuad Kebangsaan Malaysia

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

Bert van Marwijk: Stadium Cantik Tapi Padang Tidak Memuaskan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group