Pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy membuat rombakan besar-besaran dari segi pemain bagi menghadapi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober ini.

Seramai 12 wajah baharu yang tidak disenaraikan pada dua perlawanan awal menentang Malaysia dan Thailand dipanggil oleh Simon bagi memperkuatkan pasukan. Setelah mendapat kritikan pedas daripada peminat mengenai pemilihan pemain pada dua perlawanan sebelumnya, McMenemy memutuskan untuk membuat rombakan.

Simon McMenemy
FOTO: Bola.com

Dalam senarai 25 pemain, bekas ketua jurulatih Bhayangkara FC ini turut memberikan peluang kepada 3 pemain bagi beraksi bersama skuad senior untuk kali pertama. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Wawan Hendrawan (Bali United), Wawan Febrianto (Tira Persikabo), dan Dendi Santoso (Arema). Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil.

Penjaga Gol

1. Andritany Ardhiyasa
2. Wawan Hendrawan
3. Muhammad Ridho

Pertahanan

4. Ricky Fajrin
5. Hansamu Yama
6. Yanto Basna
7. Manahati Lestusen
8. Putu Gede
9. Novri Setiawan
10. Abduh Lestaluhu
11. Rezaldi Hehanusa

Pemain Tengah

12. Andik Vermansah
13. Evan Dimas
14. Arthur Bonai
15. Stefano Lilipaly
16. Zulfiandi
17. Riko Simanjuntak
18. Hanif Sjahbandi
19. Dendi Santoso
20. Bayu Pradana
21. Wawan Febrianto
22. Saddil Ramdani

Penyerang

23. Beto Goncalves
24. Irfan Bachdim
25. Lerby Eliandry

Stefano Lilipaly Indonesia
Stefano Lilipaly. Sumber Gambar: Kompas Bola

Indonesia akan turun menentang UAE di Stadium Al Maktoum pada 10 Oktober dan selepas itu mereka akan menjamu Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno pada 15 Oktober. Indonesia ketika ini menduduki tangga tercorot kumpulan G setelah tewas kepada Malaysia dan Thailand.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Indonesia di sini:

Bekas Pemain Skuad Kebangsaan Indonesia, Okto Maniani Digantung Enam Bulan Kerana Menikam Pengadil

Beto Goncalves Yakin Indonesia Akan Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Indonesia Daftarkan 40 Pemain Bagi Persiapan Menjelang Saingan Sukan SEA 2019