Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Simon Mcmeneny beberapa hari lalu dilaporkan telah memanggil Bagus Kahfi, seorang pemain dari skuad Indonesia U18 menyertai latihan bersama skuad senior dalam rangka persiapan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Bagus diberi kesempatan berlatih dengan pemain senior sebagai satu penghargaan keatas penampilannya pada saingan Piala AFF U18 2019 yang lalu.

Namun begitu, ada satu perkara penting yang jelas memperlihatkan tujuan asal ketua jurulatih Indonesia itu memanggil Bagus Kahfi yang mungkin tidak ramai orang tahu.

Bagus_Kahfi___2

“Dengan mengikuti latihan bersama pasukan senior, Bagus diharapkan tetap ‘membumi’ dan tidak berjangkit dengan ‘star syndrome‘,” kata Simon Mcmenemy.

“Buat Bagus, kami perlu membantu dia, kita tahu di Indonesia banyak sekali kepentingan, banyak sekali orang yang menginginkannya ketika dia main bagus,”

“Saya bawa dia ke sini untuk mengingatkan bahwa dia belum menjadi apa-apa,” ujar McMenemy.

bagus-kahfi-ok

Menurut beberapa media bola sepak dari Indonesia, Simon Mcmenemy masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk memasukan Bagus Khafi dalam senarai pemain yang akan beraksi dalam saingan kelayakan bermula 5 September nanti.

“Dia menjadi pemain bintang terlalu cepat, saya bawa dia kesini untuk menyedarkan bahawa dia belum menjadi bintang. ”

“Dia pemain muda, mempunyai ratusan ribu pengikut di media sosial, memiliki kontrak dengan Adidas, padahal dia bukan superstar. Saya ingin dia sedar bahawa ternyata disini (dalam skuad senior) masih ramai lagi pemain yang lebih hebat daripadanya.”

Tinjauan kami di laman sosial Instagram Bagus Kahfi mendapati beliau mempunyai kira-kira 278 ribu pengikut dan terkini beliau akan dipanggil untuk kembali menyertai skuad U19 Indonesia bagi menghadapai perlawanan persahabatan bertemu Iran U19 pada 4 dan 7 September 2019.

Greg Nwokolo Yakin Indonesia Tewaskan Harimau Malaya Di Gelora Bung Karno

Kehadiran Pemain Naturalisasi Indonesia Tidak Membimbangkan Tan Cheng Hoe