Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh media sukan terkenal Vietnam menyatakan bahawa kejayaan yang diperolehi oleh Park Hang-seo tidak lebih dari faktor ‘luck‘ sahaja.

Dibawah kendalian Park Hang-seo, skuad bola sepak Vietnam telah berjaya mencapai banyak kejayaan dari skuad remaja sehinggalah ke skuad kebangsaan negara itu.

Simon McMenemy jelas kagum dengan pencapaian tersebut tetapi menyifatkan pakar strategi dari Korea Selatan itu hanya bernasib baik.

“Saya rasa Park Hang-seo bernasib baik kerana menwarisi sebuah sistem yang teratur dan pemain muda dengan sokongan dari seorang pengarah teknikal yang bagus. Dia sangat lucky untuk memiliki ramai pemain yang bagus dan keputusan (perlawanan) menunjukkan dia melakukan dengan cukup baik”, ujar McMenemy.

3dbf98f1b718324f582b918d02b67c70

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Simon McMenemy, beliau bertemu dengan pengarah teknikal VFF, Jurgen Gede untuk belajar bagaimana untuk membina skuad muda seperti di Vietnam.

“Kami bercakap tentang banyak perkara. Saya tanya dia bagaimana untuk membangunkan skuad kebangsaan seperti itu dimana liga domestiknya lebih rendah berbanding Liga Indonesia.”

“Bagaimana sebuah skuad kebangsaan menjadi sangat kuat tetapi pada masa yang sama saingan liga domestiknya tidak berbaloi langsung. Macam mana untuk buat semua itu?”

Simon-McMenemy-Indonesia-800×533

Skuad bola sepak Indonesia berterusan kalah kepada Vietnam dibawah bimbingan Park Hang-seo dan kekalahan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang lalu adalah sebab utama Simon McMenemy dibuang.

Bagaimanapun, jurulatih yang berasal dari Scotland itu menegaskan bahawa Indonesia perlu belajar dari Vietnam terutama latihan untuk pemain muda. Ketika ini PSSI telah melantik Shin Tae-yong, yang berasal dari Korea Selatan dan ditugaskan untuk membina bola sepak yang sistematik di Indonesia sebagai asas latihan untuk generasi akan datang negara itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Piya: Shakir Shaari Mudahkan Kerja Saya Diatas Padang, Aura Safiq Rahim Dalam Skuad Malaysia Memang Gila!

Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19

Omar Abdulrahman Dikaitkan Perpindahan Ke Juara Liga India, ‘Amoory’ Diperlukan Dalam AFC Champions League

Sumber