Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone kekal optimis tentang peluang pasukannya untuk menjuarai La Liga musim ini.

Atletico sebelum ini jauh meninggalkan pencabarnya, Barcelona dan Real Madrid dalam carta liga. Namun kini, dengan baki 8 perlawanan lagi, Atletico hanya dibezakan 1 mata dari Barca, dan hanya 3 mata daripada real Madrid.

Sebagai perbandingan, ketika Atletico beraksi 19 perlawanan dan Barcelona dengan Real Madrid masing masing sudah 20 perlawanan, Atletico meninggalkan kedua dua pasukan tersebut dengan 10 mata.

Kekalahan terbaru Atletico membuatkan pasukan tersebut kini dalam situasi agak mencemaskan. Simeone menafikan bahawa tekanan yang dihadapi oleh para pemainnya telah mempengaruhi prestasi mereka.

Kerana menurutnya, pasukannya masih bermain dengan baik walaupun tewas dalam beberapa perlawanan.

Los Rojiblancos tewas kali ketiga musim ini, setelah Marcos Acuna menjaringkan satu satunya gol tunggal Sevilla dalam aksi pada Ahad.

Simeone menegaskan bahawa beliau masih tahu jalan untuk mengeluarkan pasukannya daripada prestasi kurang meyakinkan ini.

“Saya pasti, saya tahu caranya, dan saya tidak takut tentang apa sahaja. Ini berlaku bukan kerana tekanan. Kami masih mampu bermain baik, bermain dengan kuat secara unit, dan saya tak rasa itu menunjukkan kami tertekan.”

“Kita harus kekal berusaha dan meningkatkan intensiti. Itu yang akan memberikan kami lebih peluang – selain daripada bakat yang kami ada. Saya bukan nak meremehkan semua perkara, dan kami terima hakikat bahawa kami dalam prestasi buruk.”

“Liga Sepanyol ini sukar sehingga ke hari terakhir.”

“Biasanya ada 2 pasukan yang berebut kejuaraan, begitu juga kami pada 2014 dan 2017, tetapi ianya selalu perebutan 2 pasukan. Dan kini kami bersaing, cuma lebih kepada kurang bagus berbanding dengan perkara yang bagus dalam beberapa masa kebelakangan ini.”

“Kita harus mencari solusi untuk pemain pemain kita kembali bermain sebagus yang mereka lakukan pada separuh pertama musim ini.”

Baca juga artikel:

Ole Tidak Ada Ramuan Rahsia Untuk Kebangkitan Separuh Masa Kedua

Selepas Mbappe, Neymar Pula Tangguh Tandatangan Kontrak Baharu Di PSG Kerana Messi

Serie A: Juventus Keciciran Mata Lagi, Pirlo Kritik Pasukannya Menyulitkan Lagi Keadaan