Simone Inzaghi tidak dapat menerima kekalahan Inter Milan ketika aksi derbi menentang AC Milan. Dan menyatakan jika perlawanan ini diulang sebanyak sepuluh kali lagi, dengan Inter mampamerkan dominasi serupa, mereka hanya kalah sekali dan 9 lagi akan menang.

Inter Milan tewas 2-1 dalam aksi di San Siro yang membenarkan AC Milan merapatkan jurang mata kepada beza 1 mata sahaja dari Inter yang masih di puncak liga.

Inter telah mendahului pada separuh masa pertama menerusi Ivan Perisic. Walaubagaimanapun, dua jaringan Olivier Giroud memberikan Milan tiga mata. Sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah Inter Milan dalam 13 perlawanan terakhir mereka dalam Serie A.

Simeone Inzaghi menyatakan bahawa mereka berhak kecewa dengan keputusan yang dicatatkan dalam aksi derbi ini. Hal ini kerana, pada separuh masa pertama, Inter bermain dengan baik sekali

Inzaghi berkata: “Ini bola sepak. Kami mendominasi dalam setiap aspek, namun di fasa akhir kami tumpul, mereka bertuah pada gol pertama dan licik sekali pada gol kedua.”

Inzaghi kemudian menuduh pengadil lebih berat sebelah memihak AC Milan yang membuatkan pemain beliau hilang fokus.

Kelemahan pengadilan secara tak langsung telah membantu AC Milan dalam perlawanan ini, menurut Inzaghi lagi.

Inzaghi, dan pemain pemain Inter, membantah gol pertama Giroud yang menurut mereka tidak sepatutnya disahkan. Ini kerana Giroud terlebih dahulu mengasari Alexis Sanchez.

“Saya melihat perlawanan derbi dengan ‘one way traffic’ selama 60 minit, pemain kami kecewa apabila Milan menyamakan kedudukan, kerana mungkin terdapat foul yang jelas terhadap Alexis Sanchez dan kami hilang fokus.”

Statistik jelas tidak sependapat dengan Inzaghi. Ini kerana AC Milan menguasai 58% perlawanan separuh masa pertama dan aksi 50%-50% pada separuh masa kedua.

Secara keseluruhan, AC Milan lebih dominan sedikit berbanding Inter dan boleh dikatakan agak seimbang dari segi ciptaan peluang.

Selepas gol pertama, Inter bolos lagi. Mereka melepaskan gol kedua hanya dua minit kemudian. Selepas itu, persaingan kembali sengit. Inzaghi tidak merasakan bahawa Inter layak tewas kepada Milan.

“Ia adalah kekalahan yang menyakitkan bagi kami, tetapi pasukan yang kuat mesti mampu menganalisis kesilapan mereka,” kata Inzaghi.

“Jika kami bermain sekali lagi seperti ini dalam 10 kali, kami mungkin tewas sekali sahaja [selebihnya kami akan menang]. Kami semua tahu betapa pentingnya perlawanan derbi, kami tidak layak kalah, tetapi itulah bola sepak. Sehingga mereka menyamakan kedudukan, kami hampir tidak melepaskan Milan. ”