Trio pemain Switzerland Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri and Stephan Lichtsteiner terlepas daripada dikenakan hukuman penggantungan dari FIFA selepas siasatan dilakukan ketika meraikan gol bertemu Serbia.

Shaqiri dan Xhaka kedua-dua mempunyai pertalian dengan etnik Albania, meraikan gol mereka dalam pertemuan dengan Serbia dengan melakukan simbol ‘Double-Eagle’ yang sama seperti bendera Albania.

Ketua pasukan Switzerland, yang juga pemain baru Arsenal turut dikenakan denda kerana dikesan melakukan perkara yang sama ketika kemenangan mereka di Kaliningrad.

Granit-Xhaka

Xhaka dan Shaqiri diberikan amaran oleh FIFA dan dikenakan denda sebanyak 10,000 Swiss francs setiap seorang dan Lichtsteiner didenda 5,000 Swiss francs atas tindakan mereka.

Menurut SkySports yang menemubual Shaqiri sejurus selepas perlawanan tamat, beliau memberitahu bahawa ia adalah satu saat yang cukup emosi bagi dirinya.

“Saya fikir mengenai perkara ini, saya tidak mahu memberikan sebarang komen”, kata Shaqiri.

Stephan Lichtsteiner

“Dalam bola sepak, anda akan sentiasa mempunyai emosi.”

“Anda semua boleh melihat apa yang saya lakukan, dan ianya hanya emosi, saya hanya gembira kerana menjaringkan gol. Saya telah lakkukannya, dan kita tidak perlu berbincang mengenainya lagi.”

Sumber