Gaji yang tinggi diterima oleh Park Hang-seo untuk mengemudi skuad kebangsaan Vietnam dan juga skuad U23 telah menjadi bualan hebat bukan sahaja di Vietnam, tetapi juga di tanahair beliau sendiri – Korea Selatan.

Sejak dari minggu lalu, beberapa media dari Korea Selatan cuba mencipta ‘kekecohan’ apabila menyiarkan artikel dimana bekas pembantu Guus Hiddink itu sepatutnya menawarkan secara sukarela pemotongan gaji yang dikatakan cukup mahal USD50,000 atau RM217,000 sebulan.

Menurut sebuah artikel yang dipetik dari TheThao247, sebenarnya gaji ketua jurulatih Vietnam itu bukannya datang dari kantung Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sendiri.

2439_park_hang-seo

2 tahun pertama Park Hang-seo bersama skuad Vietnam, keseluruhan gaji beliau dibayar oleh Naib Presiden VFF – Bau Duc, secara peribadi sehingga lanjutan kontrak 3 tahun terkini dipersetujui.

Untuk kontrak semasa pula, kantung VFF juga tidak terusik langsung kerana gaji baru USD50,000 atau RM217,000 sebulan itu ‘funded by’ beberapa syarikat swasta yang menjadi rakan rasmi kepada VFF. Dengan itu, VFF tidak berdepan dengan sebarang ‘kesukaran’ berkaitan gaji Park Hang-seo yang tinggi itu.

ParkQA-1517201134_660x0

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pengerusi VFF – Cao Van Chon, yang menjelaskan bukan sahaja Park Hang-seo malahan semua pakar dari luar yang kini mengendalikan skuad kebangsaan Vietnam dibayar oleh entiti luar dan VFF hanya memberikan sokongan dari segi latihan fizikal melalui jabatan sukan yang mereka miliki ketika berada dalam kem kebangsaan.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pemain U19 Vitesse Arnhem Teruja Kembali Ke Vietnam, Bekas Anggota Belanda U17 Tepati Citarasa Park Hang-seo

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

8 Buah Kelab Thai League Miliki ‘In-House Production’ Jersi, ‘Freedom’ Hasilkan Produk Mengikut Demografik

Sumber