Penjaga gol Urawa Red Diamonds, Shusaku Nishikawa berpendapat pasukan dari Malaysia sudah berada di tahap yang berbeza menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan peringkat 16 pasukan terakhir AFC Champions League (ACL) Khamis ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Nishikawa berkata sebelum ini pasukan dari Malaysia dianggap tidak begitu kuat, baik kelab mahupun pasukan kebangsaan namun seiring berjalannya waktu, kini pasukan dari negara Asia Tenggara ini sudah berada di tahap yang berbeza.

“Ada boleh lihat dari video yang menunjukkan kualiti pemain asing adalah sangat bagus. Sebelum ini, pasukan dari Malaysia, termasuk pasukan kebangsaan tidak begitu kuat. Tetapi sekarang sudah berbeza. JDT sememangnya sudah berada di tahap yang lain dan mereka mampu untuk meningkatkan lagi kualiti.

“Saya gembira melihat perkara ini kerana secara jujurnya, saya sudah bosan melihat pasukan dari Jepun turun menentang pasukan dari Korea Selatan dan China setiap musim. Saya rasa dalam dua atau tiga musim, JDT mampu untuk layak ke peringkat kalah mati setiap musim.

“Saya juga teruja untuk melihat pasukan lain dari Malaysia untuk layak ke saingan ACL musim musim hadapan. Sudah tiba masanya untuk menunjukkan kepada pasukan Jepun dan Korea Selatan bahawa pasukan dari Asia Tenggara sudah berevolusi setelah dikuasai oleh mereka sebelum ini,” katanya.

Skuad Harimau Selatan yang dikendalikan oleh jurulatih baharu iaitu Hector Bidoglio mempunyai misi melakar satu lagi sejarah dengan mara ke peringkat suku akhir. Seramai 35 pemain telah disenaraikan kali ini dan turut disertai oleh pemain import baharu seperti Jordi Amat dan Levy Madinda.

Bagi memperkuatkan jentera pertahanan kiri, JDT turut membawa pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting. Malah, pemain muda berbakat, Daryl Sham turut dipilih menyertai skuad utama dalam saingan ACL.

Paling mencuri tumpuan peminat ialah kehadiran pemain naturalisasi dari Brazil, Guilherme De Paula yang disenaraikan sebagai ‘backup plan’ jika penyerang utama, Bergson Da Silva mengalami kecederaan. Walaupun kelibatnya jarang kelihatan dalam saingan Liga Super musim ini namun De Paula juga sempat beraksi bersama skuad JDT II untuk meningkatkan tahap kecergasannya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

KL City Berpeluang Ke Final Antara Zon Jika Dinobatkan Juara Zon ASEAN Piala AFC

FIFA Gantung India Kerana Campur Tangan Pihak Ketiga

Malaysia Sah Dapat 2 Slot Automatik Ke AFC Champions League 2024-2025