Isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) nyata memberi kesan terhadap moral pemain apabila ketua pasukan Melaka United, Shukor Adan dikhabarkan telah tawar hati untuk terus beraksi bersama pasukan bagi baki saingan musim 2019.

Pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 menentang Pahang, Shukor tidak diturunkan dan perkara tersebut nyata menimbulkan persoalan. Ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan kemudiannya menjelaskan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu enggan menyarung jersi Melaka bagi baki saingan musim 2019.

Shukor Adan

Sumber Gambar: Melaka United

“Dia tidak ada, secara jujurnya dia tak nak main,mungkin hatinya tidak pada perlawanan hari ini. Saya menghormati keputusan beliau dan menerimanya dan memainkan Mohd Razman Roslan bagi menggantikan Shukor.

“Untuk perlawanan seterusnya juga kita masih tak tahu, nak main atau tidak, masih ada seminggu untuk menyediakan pasukan,” kata Zainal menurut laporan Melaka Kini.

Keengganan Shukor Adan untuk beraksi bersama Melaka United dipercayai berpunca daripada tunggakan gaji selama dua bulan yang sehingga kini masih belum diselesaikan oleh MUSA. Baru-baru ini Shukor memuatnaik satu gambar di Instagram milik beliau dengan caption pasukan beraksi dengan baik walaupun tidak dibayar gaji.

Setelah Shukor membuat keputusan untuk tidak lagi beraksi bersama pasukan, kini tugas sebagai ketua pasukan Melaka United digalas oleh Safiq Rahim.

Baca artikel lain mengenai krisis tunggakan gaji Melaka United di sini:

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan

Gaji Pemain Melaka United Masih Sangkut?

Zainal Abidin Hassan Yakin Pengurusan Melaka United Mampu Selesaikan Tunggakan Gaji

1 KOMEN
  • Mohd Zulkifli Bin Abu Bakar

    Persatuan yg tak ada duit jgn main super league…
    Menyusahkan semua org…

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group