Bekas pemain Melaka United, Shukor Adan mengambil keputusan untuk menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut laporan Stadium Astro, Shukor mahu menyelesaikan sendiri isu tunggakan gaji dengan MUSA tanpa melibatkan pihak ketiga. Sehingga saat ini, badan induk itu masih lagi gagal untuk melunaskan tunggakan gaji Shukor serta pemain lain yang dilepaskan.

Shukor Adan

Shukor Adan

“Mereka akan cuba membayar tunggakan gaji seawal esok dan selewat-lewatnya Rabu depan, namun saya percaya ia sekadar alasan yang tidak boleh diterima.

“Kami tidak menerima surat ketika digugurkan oleh MUSA dan telah diberitahu gaji kami akan dibayar bulan lalu,” kata pemain yang bakal beraksi bersama Kuala Lumpur pada saingan musim 2020.

Bekas Pemain

Raimi Mohd Nor turut menerima nasib yang sama dengan Shukor. Sumber Gambar: Melaka United Blogspot

Selain Shukor Adan, 13 lagi pemain yang turut menghadapi masalah tunggakan gaji juga membuat tindakan sama seperti Shukor namun memilih Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) untul mewakil mereka.

Isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh bekas pemain Melaka ini semakin kritikal dimana beberapa pemain yang terpaksa diistiharkan sebagai muflis.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh bekas pemain Melaka United di sini:

Bekas Pemain Melaka United Gesa Pengurusan Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji

Tunggakan Gaji Shukor Adan Mencecah Sehingga 5 Bulan

Presiden MUSA Lancarkan Tabung Bagi Kukuhkan Kewangan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group