Pemain tengah pasukan kebangsaan Jepun, Shoya Nakajima semakin hampir untuk menyertai kelab gergasi Portugal, FC Porto.

Nakajima menjadi sebahagian daripada pasukan Jepun yang beraksi dalam saingan Copa America 2019 sebelum ini pernah beraksi di Portugal apabila menyertai Portimonense pada 2017.

Pemain berusia 24 tahun ini kemudiannya menyertai kelab Qatar, Al-Duhail dengan yuran perpindahan sebesar $40 Juta, yang mana menjadi yuran tertinggi pernah dibayar untuk seorang pemain Jepun.

Shoya Nakajima
Sumber Gambar: Japan Times

Bekas pemain FC Tokyo ini tidak dipanggil bagi mewakili Jepun dalam temasya Piala Dunia tahun lalu dan sejak itu, Shoya Nakajima menampilkan persembahan terbaik sekaligus menjadi antara pemain bintang dalam pembikinan bagi skuad The Samurai Blue itu.

Musim lalu, kelab bimbingan Sérgio Conceição itu menamatkan saingan Primeira Liga di tempat kedua, dua mata dibelakang pasukan juara iaitu Benfica.