Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) secara rasmi mengumumkan Shopee sebagai penaja kejohanan Piala FA Malaysia 2018 dalam satu sidang media yang diadakan petang tadi.

Shopee merupakan sebuah platform perniagaan atas talian terkenal dikalangan pengguna dirantau Asia Tenggara dan juga Taiwan.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Thistle Hotel, Johor Bharu dengan FMLLP diwakili oleh Kevin Ramalingam manakala Shopee pula diwakili oleh Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho.

FileDownload (1)

Dengan termeterainya perjanjian itu, FMLLP turut melancarkan ‘Official Store’ menggunakan platform Shopee Mall yang akan membolehkan peminat mendapatkan barangan rasmi kejohanan Shopee Piala FA Malaysia 2018 dan juga membeli tiket perlawanan unifi Liga Super Malaysia serta barangan rasmi lain.

“Mengambil Liga Perdana Inggeris sebagai contoh, pada tahun 2017, 37% pendapatan kelab Manchester United datang dari penjualan tiket perlawanan dan barangan rasmi kelab. Oleh itu, kami mahu bekerja bersama FMLLP dengan lebih rapat untuk meniru kejayaan yang sama”, kata Ian Ho.

FileDownload

Bersempena dengan kerjasama ini, Shopee dan FMLLP akan mula melancarkan kempen promosi “Beli 1 Percuma 1” mulai 1 Mac 2018, dengan lebih 20,000 keping tiket tersedia untuk menyaksikan perlawanan Shopee Piala FA Malaysia 2018 dan unifi Liga Super Malaysia 2018.

28576275_2076776742574642_7320181511606266884_n

Menyemarakkan  lagi promosi ini juga, mulai 1 Mac sehingga 30 Jun 2018, pengguna Shopee berpeluang untuk memenangi 1 tiket berpasangan VVIP, 5 tiket VIP berpasangan serta 10 keping tiket biasa untuk perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia, dengan membeli tiket menggunakan Shopee Mall.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group