Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan gol akrobatik pemain pertahanan kelab Persepolis dari Iran iaitu Shoja’ Khalilzadeh dipilih sebagai jaringan terbaik dalam kejohanan AFC Champions League 2019 berdasarkan keputusan undian daripada lebih 3 juta peminat.

Sebanyak 10 jaringan terbaik telah disenarai pendek termasuk jaringan daripada bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng di peringkat kumpulan pada bulan April 2019.

Sejak 29 November lalu, pihak AFC telah membuka undian di laman web untuk memberi peluang dan kebebasan kepada peminat memilih jaringan terbaik dalam saingan AFC Champions League 2019.

Berdasarkan kedudukan semasa minggu lalu, undian ketika itu berpihak kepada Safawi dengan hasil undian sekitar 822,682 undi berbanding pencabar terdekat iaitu Khalilzadeh dengan 780,113 undian.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Khalilzadeh kembali mendahului kedudukan dengan kelebihan undian sebanyak 758,852 iaitu 2,306,432 (59%) berbanding Safawi Rasid 1,547,580 (40%). Angka yang dimiliki oleh pemain Iran itu tidak mampu dipintas lagi memandangkan tarikh tutup undian semakin dekat.

Kemenangan itu turut melengkapkan hatrik Khalilzadeh yang sebelum ini pernah menerima pengiktirafan sebagai jaringan terbaik mingguan dan jaringan terbaik di peringkat kumpulan oleh AFC.

Bercakap kepada AFC.com dalam temubual esklusif, Khalilzadeh mengakui jaringan itu merupakan yang terbaik dalam karier bola sepaknya dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang telah mengundinya.

“Ini merupakan jaringan terbaik dalam karier saya kerana saya jaringkan untuk kelab yang terbaik di dunia, Persepolis.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan peminat yang telah mengundi jaringan itu. Ianya sangat bermakna apabila dipilih sebagai jaringan terbaik dan diiktiraf oleh AFC,” katanya.

Musim lalu, pemain Kitchee SC, Cheng Chin Lung memenangi anugerah jaringan terbaik ACL 2018 setelah mendapat undian sebanyak 1.3 juta.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia yang kami bawakan untuk anda.

Yokohama F Marios Berminat Tandatangani Theerathon Bunmathan Secara Tetap

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Sumber