Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel memanggil dua pemain dari Selangor 2 bagi menyertai kem latihan pusat skuad utama yang bermula Isnin lalu.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua pemain yang dipanggil ialah Shivan Pillay yang beraksi di bahagian pertahanan dan George Attram yang beraksi di bahagian serangan.

Shivan Pillay dan Attram menjadi pemain penting bagi Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini dimana bekas pemain skuad B-19 tahun negara itu dipilih sebagai ketua pasukan dalam beberapa perlawanan.

Bagi Attram pula, beliau setakat ini telah menjaringkan 5 gol, berkongsi tempat ketiga dalam carta penjaring terbanyak dengan penyerang Negeri Sembilan iaitu Alain Akono.

Sekiranya Shivan dan Attram berjaya memikat hati Neitzel, berkemungkinan besar mereka akan diserapkan dalam skuad utama sekaligus mengikut jejak langkah Jordan Ayimbila.

Musim ini, skuad utama Selangor diwarnai oleh lima pemain yang musim lalu beraksi dengan Selangor 2 iaitu Aliff Haiqal, Shahrul Nazeem, Mukhairi Ajmal, Danial Asri dan Sikh Izhan Nazrel.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak negara di sini:

Peminat Bola Sepak Singapura Tidak Setuju Dengan Kemasukan JDT III Dalam Liga SPL

Tan Cheng Hoe Mahu Tamatkan Rekod Buruk Bertemu Vietnam

Bryan See Ucap Terima Kasih Kepada PDRM