Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Shinji Kagawa semakin hampir untuk menyertai kelab Greece Super League, PAOK sekaligus kekal beraksi di Eropah.

Menurut perkongsian Asian Football di laman media sosial media Twitter, PAOK berminat untuk mendapatkan khidmat Kagawa dan pemain itu dikhabarkan sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama 18 bulan.

Sebelum ini, Kagawa beraksi bersama kelab Sepanyol, Real Zaragoza namun beliau dilepaskan pada November tahun lalu kerana kelab mahu mengurangkan kos perbelanjaan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Zaragoza dilaporkan sudah membayar €600 Ribu atau sekitar RM2.9 Juta kepada Kagawa sebagai pampasan sekaligus menamatkan kontrak pemain berusia 31 tahun itu.

Tindakan ini nyata mendapat tentangan daripada penyokong kelab di mana mereka berpendapat Kagawa patut dikekalkan sekaligus dijadikan sebagai salah satu senjata dalam usaha untuk kembali ke saingan La Liga musim hadapan.

Shinji Kagawa
Sumber Gambar: https://eldesmarque.com/

Untuk rekod, Shinji Kagawa merupakan salah satu pemain Jepun yang berjaya di Eropah dimana beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab elit.

Antara kelab yang pernah diwakili oleh Kagawa ialah Borussia Dortmund, Manchester United dan Besiktas.

Pemain berusia 31 tahun itu juga pernah memenangi kejuaraan seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Bundesliga serta Piala Asia 2011 bersama Jepun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia di Eropah di sini:

Jaringkan Dua Gol Ketika Menentang Manchester United, Pemain Muda Thailand Ini Mula Curi Tumpuan

Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional

Minit Bermain Berharga Bagi Luqman Hakim