Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini mengumumkan Shin Tae-yong sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Indonesia dengan kontrak jangka panjang selama 4 tahun.

Bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan itu akan menggantikan tempat Simon McMenemy dan tugas pertamanya bermula pada tahun depan bagi menghadapi baki perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tae-yong juga dijangka akan membawa barisan kejurulatihan sendiri yang terdiri daripada jurulatih kecergasan dan jurulatih penjaga gol.

Antara pencapaian terbaik Tae-yong sebagai jurulatih ialah membawa Seongnam Iilhwa muncul sebagai juara AFC Champions League pada tahun 2010 dan membantu Korea Selatan menjuarai kejohanan EAFF pada tahun 2017.

Beliau juga pernah mencipta kejutan ketika membimbing Korea dalam kejohanan Piala Dunia 2018 apabila menewaskan Jerman, 2-0.

Indonesia kini menghuni kedudukan tercorot dalam kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tanpa sebarang mata selepas tewas dalam 5 perlawanan.

Mereka tekad bangkit untuk mencari kemenangan pertama dalam perlawanan menentang Thailand di Bangkok pada bulan Mac 2020.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penyerang Vietnam Ini Dedahkan Pernah Menolak Tawaran Kelab Ligue 2 Dan J2 League Untuk Kekal Di Hanoi FC

11 Pemain Dari Filipina Berjaya Tambat Hati 8 Kelab Dalam Saingan Thai League 1 Musim 2020

AFC B-23: SC Heerenveen Tolak Rayuan Park Hang Seo Untuk Menggunakan Khidmat Doan Van Hau