Pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong akhirnya mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Terdapat ramai muka baharu yang berada dalam senarai kali ini dan ia bukan skuad yang sama ketika dibawah kendalian Simon McMenemy.

Antara muka baharu dalam senarai 29 pemain itu ialah Kushedya Hari Yudo (Arema FC), Arif Satria (Persebaya), I Kadek Agung (Bali United), dan Miswar Saputra (PSM Makassar).

Terdapat juga pemain berpengalaman yang kembali dipanggil iaitu Adam Alis (Bhayangkara FC), Ryuji Utomo (Persija Jakarta), hingga M. Arfan (PSM Makassar).

Malah, beberapa pemain muda yang membantu Indonesia raih pingat perak dalam Sukan SEA 2019 di Manila turut dinaikkan pangkat ke skuad senior iaitu Osvaldo Haay (Persija Jakarta), Egy Maulana Vikri (Lechia Gdansk), Asnawi Mangkualam (PSM Makassar), dan Andy Setyo Nugroho (Tira Persikabo).

AFF SUZUKI CUP 2018 Final Rounds Group B, Thailand vs Indonesia
FOTO: Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Lebih menarik, hanya seorang sahaja pemain naturalisasi yang berada dalam senarai kali ini iaitu bekas pemain Melaka United, Ilija Spasojevic. Beliau akan memperkuatkan jentera serangan bersama Febri Hariyadi dan Osvaldo Haay.

Sebelum ini, mereka mempunyai lima pemain naturalisasi yang beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 iaitu Otavio Dutra, Greg Nwokolo, Osas Saha, Alberto Goncalves dan Victor Igbonefo.

Ketika dibawah kendalian Simon McMenemy, skuad Garuda gagal mencatat sebarang kemenangan selepas mengharungi 5 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kini berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan G.

Senarai 29 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Indonesia:

1. Bagas Adi Nugroho – Arema FC
2. Johan Ahmat Farizi – Arema FC
3. Hendro Siswanto – Arema FC
4. Muhammad Rafli – Arema FC
5. Kushedya Hari Yudo – Arema FC
6. Nadeo Arga Winata – Bali United
7. I Kadek Agung Widnyana Putra – Bali United
8. Illija Spasojevic – Bali United
9. Muhamad Riyandi – Barito Putera
10. Adam Alis – Bhayangkara FC
11. Dendy Sulistyawan – Bhayangkara FC
12. Egy Maulana Vikri – Lechia Gdanks
13. Fachruddin Wahyudi Aryanto – Madura United
14. Asep Berlian – Madura United
15. Zulfiandi – Madura United
16. Rivky Mokodompit – Persebaya Surabaya
17. Koko Ari Araya- Persebaya Surabaya
18. Rachmat Irianto – Persebaya Surabaya
19. Arif Satria – Persebaya Surabaya
20. Febri Hariyadi – Persib Bandung
21. Ryuji Utomo Prabowo – Persija Jakarta
22. Evan Dimas Darmono – Persija Jakarta
23. Osvaldo Ardiles Haay – Persija Jakarta
24. Miswar Saputra – PSM Makassar
25. Asnawi Mangkualam Bahar – PSM Makassar
26. Yakob Sayuri – PSM Makassar
27. Arfan – PSM Makassar
28. Irfan Haarys Bachdim – PSS Sleman
29. Andy Setyo Nugroho – Tira Persikabo

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Kuwait Uji Kekuatan Harimau Malaya Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Bulan November

Staf Kelab J. League, Consadole Sapporo Dijangkiti COVID-19

Terpaksa ‘Mengemis’ RM345 Minta Bayaran Rekaan Grafik Global FC, Pemilik Kelab Buat Bodoh Sahaja.