Kelab J1 League, Shimizu S Pulse dilaporkan sedang giat mencari seorang penterjemah bahasa Thai-Jepun ketika ini dan menurut beberapa maklumat, ia adalah selepas persetujuan dicapai untuk membawa penyerang SCG Muangthong United ke Shizuoka.

Teerasil Dangda merupakan calon yang sebelum ini mendapat perhatian Shimizu S Pulse berdasarkan pengalaman dan prestasi baik yang dipamerkan ketika beraksi untuk Sanfrecce Hiroshima, namun khabar itu terhenti apabila SCG Muangthong United tidak mahu melepaskan pemain itu.

Terkini, menurut laporan dari media Thailand, kedua-dua buah kelab telah mencapai persetujuan dan pengumuman berkenaan penghijrahan kali kedua Teerasil Dangda ke J1 League akan dilakukan dalam masa terdekat.

Setakat ini masih tiada maklumat lanjut berkenaan samada perpindahan Teerasil Dangda itu secara pinjaman atau kontrak penuh, tetapi berkemungkinan besar secara pinjaman selama 1 musim.

Sekira semuanya berjalan lancar, Teerasil Dangda akan muncul sebagai pemain Thailand ke 3 akan beraksi dalam saingan tertinggi liga bola sepak Jepun musim 2020 selepas Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos).

Ketika beraksi dengan Sanfrecce Hiroshima pada musim 2018 yang lalu, Teerasil Dangda telah berjaya tampil dalam 32 penampilan liga, mencatat 1,578 minit masa bermain dan menjaringkan 6 gol.

Baca juga artikel lain berkaitan dengan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelab Divisyen 4 Jepun Didenda RM37,000 Kerana Menipu Data Kehadiran Penonton Ke Stadium

Kisah FC Imabari Dari Sebuah ‘Feeder Club’ Ehime FC, Kini Bakal Beraksi Dalam Liga Profesional J3 League 2020

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.