Kelab J1 League, Shimizu S Pulse yang berpangkalan di bandar Shimizu, Shizuoka minggu lalu telah mengumumkan strategi terbaru mereka untuk menarik minat penyokong-penyokong baharu untuk hadir ke stadium menikmati suasana dan seterusnya memberikan sokongan kepada kelab.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui laman web rasmi Shimizu S Pulse itu memberitahu bahawa, bermula pada 25 Mei 2019, sebanyak 6 perlawanan di IAI Stadium seperti dibawah, kelab akan membuat sewaan jersi pasukan untuk penonton yang hadir ke stadium.

35281628_1852241854828223_5091921146610188288_o

  1. Perlawanan 13: Shimizu S Pulse x Vegalta Sendai
  2. Perlawanan 15: Shimizu S Pulse x Yokohama F Marinos
  3. Perlawanan 18: Shimizu S Pulse x Vissel Kobe
  4. Perlawanan 20: Shimizu S Pulse x FC Tokyo
  5. Perlawanan 22: Shimizu S Pulse x Matsumoto Yamaga
  6. Perlawanan 23: Shimizu S Pulse x Hokkaido Consadole Sapporo

Fokus utama strategi ini adalah untuk mereka yang kali pertama ke stadium dan mungkin merasa malu jika tidak memakai jersi semasa berada dalam stadium menyaksikan perlawanan.

Jadi, ini adalah inisiatif bagi memberikan keyakinan diri untuk terus memberikan sokongan dalam jangkamasa panjang kepada kelab, terutama kepada pelajar sekolah menengah.

60392435_2360657760653294_4324861071539044352_o

Jersi-jersi yang disediakan bagi tujuan ini adalah jersi dari musim 2012 hingga 2017 sahaja, saiz juga adalah terhad dan bergantung kepada stok semasa. Jika tiada saiz, pihak kelab akan menggantikan jersi dengan mafla pasukan.

Dari segi harga sewaan pula, Shimizu S Pulse hanya mengenakan deposit sebanyak JPY500 / RM20 bagi setiap sewaan jersi dan akan dipulangkan selepas jersi dikembalikan dikaunter yang disediakan.

Kaunter sewaan jersi akan dibuka 1 jam sebelum pintu masuk dibuka sehingga sepak mula perlawanan dan pemulangan jersi perlu dilakukan dalam masa 30 minit selepas perlawanan tamat.

53248402_2248637055188699_3020105910308569088_o

Permohonan untuk menyewa jersi ini boleh dibuat melalui pautan yang telah disediakan oleh kelab dan perlu dihantar sehari sebelum hari perlawanan yang dipilih.

Mungkin perkara ini mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia, tetapi ini menunjukkan bagaimana pihak kelab memerah idea bagi mencari penyokong-penyokong baharu disamping cuba untukĀ  melakukan promosi barangan rasmi pasukan melalui cara yang tersendiri mengikut kesesuaian demografik.