Penyerang utama pasukan SCG Muangthong United dan juga skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda sekali lagi menjadi tumpuan kelab-kelab divisyen 1 J.League apabila dilaporkan akan kembali beraksi dalam saingan liga itu musim hadapan.

Sebelum ini VocketFC ada mengeluarkan sebuah artikel berkenaan desas desus mengenai beliau dimana kelab SCG Muangthong United sendiri mengakui bahawa telah menerima beberapa tawaran daripada pasukan J.League untuk membawa Teerasil Dangda kembali.

Hari ini, menurut laporan media sukan Thailand, SMM Sport menyatakan bahawa Shimizu S Pulse dikatakan sudah menghantar tawaran rasmi untuk mendapatkan khidmat Teerasil Dangda bagi musim hadapan dengan kontrak pinjaman selama 1 musim.

70838143_2718322031525891_3371048942195179520_o

Tawaran ini adalah sama seperti yang pernah diterima oleh Teerasil Dangda ketika beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima pada musim 2018, dimana beliau berjaya melakukan 32 penampilan dari keseluruhan 34 perlawanan liga J1 League.

Selain itu, Teerasil juga mampu merekodkan 1,578 minit masa bermain serta menjaringkan 6 gol untuk Sanfrecce Hiroshima – pemain kedua paling banyak menjaringkan gol selepas Patric yang menyumbat 20 gol.

Bagaimanapun, pihak SCG Muangthong United akan mempertimbangkan perkara ini bersama-sama dengan ejen dan Teerasil Dangda sendiri sebelum membuat kata putus berkenaan tawaran Shimizu S Pulse itu.

74399029_2760371943987566_778704654828568576_o

Sebagai rekod musim 2019, Shimizu S Pulse menamatkan musim dikedudukan ke-12 liga. Pasukan dari Shizuoka itu juga akan bertemu Vissel Kobe diperingkat separuh akhir Emperor’s Cup 2019, dan jika muncul juara mereka akan menerima slot automatik peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2020, satu kumpulan dengan pasukan JDT.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dan Jepun dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Ini Sebab Mengapa Hadi Fayyadh Beraksi Dalam Saingan ‘JLeague Ikusei Matchday’

Sumber