Bekas pemain skuad kebangsaan, Shebby Singh menegaskan umur 12 atau 13 tahun merupakan waktu yang sesuai untuk pemain Asia beraksi di Eropah.

Shebby berkata demikian apabila mengulas mengenai pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau yang bergelut bersama kelab Eredivisie, SC Heerenveen. Menurut Shebby, Van Hau lambat untuk beraksi di Eropah dimana beliau menyertai Heerenveen pada usia 19 tahun.

“Pemain Asia perlu beraksi di Eropah di usia awal sekiranya mereka mahu berjaya di sana. Umur yang sesuai ialah 12 dan 13 tahun, tidak lebih dari 14. Oleh itu mereka akan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan persekitaran yang baharu.

Shebby Singh
Sumber Gambar: Twitter Doan Van Hau

“Untuk kes Van Hau, berhijrah ke Eropah pada usia 18 atau 19 tahun adalah lambat. Sukar untuk beliau mendapat peluang untuk tampil. Tetapi jika Van Hau berhijrah lebih awal, maka perjalanan karier beliau di sana akan berbeza.

“Saya gemar dengan Van Hau. Beliau merupakan pemain yang mempunyai kualiti. Namun saya tidak terkejut apabila beliau sedikit bergelut di Heerenveen. Beliau perlu memikirkan tentang masa depan dan mungkin boleh memilih liga yang sesuai seperti J. League.

Shebby Singh
Sumber Gambar: Eredivisie

“Jika di saingan J. League, saya percaya beliau akan memperoleh minit bermain yang cukup. Van Hau tidak seharusnya membuang masa di Eropah, kata Shebby Singh.

Van Hau menyertai SC Heerenveen secara pinjaman dari Hanoi FC pada penghujung tahun 2019. Setakat ini, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu hanya beraksi bersama skuad pembangunan.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia yang beraksi di Eropah di sini:

Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan

Senarai 10 Pemain Asia Termahal Bagi Musim 2019/2020

Son Heung-min Diundi Sebagai Pemain Asia Terbaik Yang Beraksi Di Liga Perdana Inggeris