Legenda Newcastle, Alan Shearer sindir Liverpool kerana tak tak puas hati dengan gol kemenangan Liverpool pada lewat masa kecederaan. Di mana Shearer menyindir menerusi Tweet-nya:

“5 minit masa kecederaan, menjaringkan gol minit ke-98,” sambil meletakkan emoji zip mulut.

Aksi di antara Liverpool dan Newcastle di Anfield berkesudahan dengan pasukan tuan rumah bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 2-1.

Ianya satu lagi aksi sukar buat Liverpool selepas kemenangan besar 9-0 ke atas Bournemouth minggu lalu. Sebelum itu Liverpool bergelut dengan 2 seri dan 1 kekalahan di tangan musuh tradisi Manchester United.

Liverpool bangkit di Anfield

Liverpool di belakang pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain yang baru debut iaitu Alexander Isak.

Liverpool menjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua. Bermula dengan gol penyamaan oleh Roberto Firmino.

Firmino menjaringkan gol penyamaan Liverpool

Gol tersebut kemudian diikuti oleh gol kemenangan mereka hadir menerusi Fabio Carvalho pada lewat masa kecederaan minit ke-90+8.

EPL: Fabio Carvalho Wira Liverpool, Jaringkan Gol Kemenangan Minit Ke-90+8

Itulah sebabnya kenapa Alan Shearer sindir Liverpool secara terbuka menerusi Twitternya. Shearer merupakan legenda sejati Magpies.

Pengadil awalnya memberikan 5 minit masa kecederaan. Namun melanjutkan lagi masa itu kerana Newcastle didapati melengahkan permainan dan kemudian Nick Pope menggunakan masa yang agak lama untuk dirawat pada masa kecederaan sebelum meneruskan perlawanan.

Penyokong Newcastle benar benar kecewa dengan situasi itu, sambil mempersoalkan 1 lagi pengadilan VAR yang membatalkan gol Alexander Isak kerana ofsaid.

Di mana menurut mereka Isak berada dalam kedudukan onsaid ketika bola dilepaskan, mengatasi Joe Gomez.

Mereka menganggap kemenangan mereka telah dirompak di Anfield kerana bantuan pengadil.

Dengan kemenangan ini, Liverpool mencatatkan 2 kemenangan 2 seri dan 1 kekalahan setakat ini.

Newcastle pastinya boleh berasa gembira dengan satu perkara di sebalik kekecewaan mereka, iaitu Alexander Isak. Pemain tersebut sangat cepat menyerasikan diri dengan Newcastle.

Beliau baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Newcastle dan terus diberikan debut di Anfield.

Beliau tidak menunjukkan sebarang rasa kekok atau gementar walaupun berdepan dengan pasukan seperti Liverpool.

Baca juga artikel:

EPL: Manchester City Belasah Forest 6-0, Erling Haaland Hatrik Lagi

Arsenal Terus Cemerlang Di Puncak Liga, 5 Kemenangan Daripada 5 Perlawanan