Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Shazwan Wong, seorang jurulatih bola sepak dan yang lebih penting merupakan penyokong pasukan Perak FC dalam satu ciapan dilaman sosial Twitter hari ini telah melontarkan idea-idea bagaimana pasukan mampu menjana pendapatan bagi memastikan kantung kewangan terus berisi.

“Kalau club takde duit, kita buat cara takde duit tetapi boleh mulakan langkah rebuilding process dengan berfikir macam mana nak cari dana untuk fund team.”

“Belanja ikut kemampuan walaupun terpaksa main M3. Ini aku bagi tips ikut kepala aku.”

Ini adalah perkara yang pertama perlu semua sedar – kedudukan kewangan kelab masing-masing, sama ada ada duit atau tidak.

7 Cadangan Untuk Jana Pendapatan Sehingga RM2.7 Juta

Memulakan bebenang itu, Shazwan Wong telah melontarkan 7 cadangan yang difikirkan mampu menjana pendapatan kelab sehingga RM2.7 Juta seperti dibawah.

Sesi trial terbuka berbayar: Dengan mengenakan bayaran RM150 dan mensasarkan seramai 200 orang mampu menjana RM30,000 untuk satu siri. Sesi ini dilakukan dalam 3 siri dan akan menjadikan jumlah RM90,000.

Sesi pemilihan terbuka ini dilakukan secara kem 3 hari dengan pelbagai ujian yang diperlukan.

Kem Bola Sepak Remaja: Dengan bayaran RM100 selama 3 hari, mensasarkan 200 orang yang dianjurkan 4 kem setahun, kelab mampu menjana RM80,000.

“Suruh player turun buat coaching,ini sedikit sebanyak mendekatkan player kepada penyokong. PKNP pernah buat dulu in the 90s kat Padang Polo. Player Perak turun, I’m a happy kid di coach oleh pemain Perak”

Tiket Bermusim: Sasaran 2,000 pemegang dengan harga RM150 mampu menjana sebanyak RM300,000.

Foodtruck Hari Perlawanan: Setiap unite foodtruck yang berminat untuk menjalankan perniagaan pada hari perlawanan dikenakan bayaran RM100 dan hanya 30 slot dibuka akan menghasilkan RM3,000 bagi setiap hari perlawanan. 1 musim ada 11 perlawanan ditempat sendiri menjadikan jumlah RM33,000.

Makanan Dalam Stadium: Dengan mensasarkan jualan sebanyak RM15,000 bagi setiap hari perlawanan, potensi pendapatan RM165,000 untuk semua 11 perlawanan.

Jualan Jersi: Jualan jersi adalah penting, tetapi jualan perlu dibukan lebih awal. Pendapatan sepatutnya boleh  diperolehi sebelum musim baru bermula. Jika mampu menjual 50,000 helai jersi pada keuntungan RM30 sehelai, Perak mampu meraih RM1.5 juta.

VIP Experience: Sasaran untuk 500 orang untuk pakej RM100 bagi semua 11 perlawanan mampu menjana sehingga RM550,000.

“Bagi parking, bagi makan, tempat duduk selesa beraircond, suruh 2-3 player sign autograph, bergambar.”

Secara keseluruhannya, dari semua 7 idea diatas mampu memberikan pasukan Perak pendapatan sehingga RM2,718,000 untuk satu musim.

Yes, benda susah. Kerja keras sikit kalau nak duit.”

Bagaimana pula untuk pendapatan secara bulanan mampu diperolehi? Ini tambahan 8 idea lagi untuk pendapatan secara bulanan yang boleh dipertimbangkan.

Ini 8 Idea Potensi Jana Pendapatan Tambahan Bulanan

F&B Oulet: Memberikan contoh seperti yang dilakukan oleh pasukan Terengganu, sasaran jualan RM10,000 sebulan boleh dicapai dan mereka yang terlibat akan menguruskan jualan makanan dalam stadium.

Pusat Fisio: Melihat kepada apa yang dilakukan oleh pasukan Selangor, ini adalah satu idea yang sangat baik bagi menghasilkan pendapatan, dengan sasaran jualan RM10,000 sebulan.

“Mana tahu kau pergi session, bertembung player Perak tengah rehab ke? Target income RM10,000 per month.”

Kemudahan Gimnasium: Pemain-pemain pasukan sudah pasti akan menggunakan kemudahan ini dan kelab boleh monetize penggunaan kemudahan melalui keahlian.

Dengan bayaran RM80 sebulan dan sasaran 200 ahli, mampu memberikan pendapatan sebanyak RM16,000 sebulan.

Latihan Kanak-kanak: Mengadakan sesi latihan kanak-kanak dengan bayaran RM50 sebulan untuk sasaran 200 penyertaan, mampu menghasilkan RM10,000 sebulan.

Pusat Latihan: Perak mempunyai 2 tempat latihan. Monetize penggunaan kemudahan ini pada waktu malam. RM1000 satu malam untuk 30 hari mampu menjana RM30,000 sebulan!

Review Sosial Media: Menggunakan bilangan pengikut pasukan diplatform media sosial dan pemain, product review mungkin mampu menjana pendapatan kepada pasukan. Dengan sasaran 1 post RM100 untuk 50 post sebulan, mampu menjana RM5,000 sebulan.

Gimnasium Kanak-kanak: Memaksimakan penggunaan kemudahan gimnasium dengan membahagikan section sedia ada untuk kanak-kanak dengan bayaran RM100 sebulan mensasarkan 100 orang – RM10,000 sebulan.

Walk-in dikira dengan harga lain.

Content Subscribers: Konten seperti “Inside Training“, ” Seharian Bersama Pemain”, Vlog dan sebagainya eksklusif kepada subscribers dengan bayaran RM30 sebulan mensasarkan 10,000 orang mampu menghasilkan pendapatan RM300,000 sebulan!

Mengakhiri bebenang tersebut, Shazwan Wong menyatakan bahawa tidak mudah untuk  dilakukan tetapi semua ini ada disekelilng kita.

“Tengok memang susah nak buat, tapi benda ni semua dah ada di sekeliling kita. Bukan benda merepek-repek. Antara nak atau tak nak sahaja. Ada idea lain aku bedal lagi!”

Mungkin ada yang mempunyai pandangan berbeza dan pastinya semua yang dinyatakan diatas tidak mampu dilaksanakan sekaligus. Namun, apa yang penting adalah itu semua peluang untuk kelab menghasilkan pendapatan dan mungkin perlu disesuaikan dengan keadaan dan situasi.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group