Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan seramai 22 pemain akan berlepas ke Amman untuk menghadapi 2 perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan berbanding daripada 24 pemain seperti senarai awal.

Ini kerana pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar yang turut hadir melapor diri, hari ini terpaksa digugurkan selepas pengesahan kecederaannya manakala pemain Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni pula tidak hadir untuk melaporkan diri

Turut menyertai senarai 22 pemain akhir itu termasuk dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Dominic Tan dan Luqman Hakim Shamsudin yang akan menyertai pasukan setibanya di Amman, Jordan.

Terdapat muka baharu yang mahu diuji Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Turut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Dua perlawanan persahabatan itu merupakan medan terbaik buat Cheng Hoe menilai pemain yang dipanggil kali ini sebagai persiapan awal bagi membentuk skuad terbaik Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan seterusnya Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

MFL Benarkan Penyokong Hadir Ke Stadium Menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia 2021

Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas

KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu

Langkawi City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Borussia Dortmund

Sri Pahang Rancang Bina Pusat Latihan Lengkap