Penyerang pasukan PKNP, Shahrel Fikri dilaporkan telah menerima tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab Thai League 1, Nakhon Ratchasima FC hari ini.

Menurut kemaskini dari laman sosial Twitter Hasnizam Uzir, beliau bersama-sama Abdul Halim dari Offside Sport Asean, telah menguruskan semua perkara mengenai tawaran tersebut.

Selain itu, Shahrel Fikri juga difahamkan sudah bersiap sedia untuk berangkat ke Thailand esok malam, sekiranya semua urusan bersama kelab PKNP dapat diselesaikan selewat-lewatnya pagi esok.

Hasnizam Uzir juga secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pihak kelab yang bersetuju untuk melepaskan Shahrel Fikri secara pinjaman dan juga kepada jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim yang sanggup ‘kehilangan’ penyerang utama mereka.

Nakhonratchasima_Mazda_FC_Home_2016_jersey_Main

Nakhon Ratchasima FC, dalam saingan Thai League 1 2018, kini berada dikedudukan ke 9 dari 18 pasukan yang bersaing dengan 27 mata dari 20 perlawanan.

Kelab yang juga dikenali sebagai Korat FC ini beraksi di 80th Birthday Stadium dengan kapasiti 24, 641 tempat duduk.

koratstadium

Ketika ini skuad The Swat Cat mempunyai 4 pemain import iaitu Antonio Pina dan  Leandro Assumpção kedua-duanya dari Brazil, Nebojsa Marinkovic dari Serbia dan Lee Won-jae dari Korea Selatan.

35971621_1346372372160244_4265319248424861696_o

Kehadiran Shahrel Fikri ke Nakhon Ratchasima FC, membolehkan beliau mengisi 1 kuota pemain dari ASEAN yang dibenarkan oleh Thai League.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Shahrel Fikri!

 

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group