Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan kelab Liga Super China, Shanghai Port FC telah menarik diri daripada saingan AFC Champions League (ACL) musim ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Lebih 25,000 jangkitan baharu COVID-19 telah dilaporkan di Shanghai dan pihak berkuasa mula merangka pelan keluar daripada sekatan penutupan yang membabitkan 25 juta penduduknya itu.

Situasi itu memberi kesukaran kepada pemain dan pegawai Shanghai Port FC untuk mempersiapkan pasukan mereka bertanding di ACL selepas lebih tiga minggu dipaksa berkurung ketika China berperang membendung wabak COVID-19 terbesar sejak pertama kali virus itu ditemui di tengah Wuhan pada akhir 2019.

Bagaimanapun, AFC memutuskan tiada pasukan lain yang akan menggantikan tempat Shanghai Port FC dalam kumpulan J, ianya kekal kepada 3 pasukan sahaja iaitu Chiangrai United, Kitchee FC dan Vissel Kobe.

Kekurangan satu pasukan ini turut memberi kesan kepada penentuan 16 pasukan yang akan mara ke pusingan kalah mati. Ia bermakna hanya 3 pasukan di tempat kedua terbaik sahaja akan mara ke pusingan kalah mati bersama juara kumpulan masing-masing.

Untuk mengelakkan keraguan, dalam menentukan tiga kelab terbaik di tempat kedua yang akan layak ke Pusingan 16, keputusan perlawanan membabitkan kelab yang berada di kedudukan tercorot dalam semua kumpulan F, G, H, dan I tidak akan dikira.

Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membuka kempen ACL 2022 menentang Guangzhou FC di Stadium Sultan Ibrahim pada jumaat ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Guangzhou FC Hantar Pemain Muda Bawah 22 Tahun Ke Saingan ACL 2022 Di Johor Bahru

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi

Piala Dunia 2022: Jepun Tiada Masalah Dengan Kumpulan E, Sedia Tewaskan Sepanyol Dan Jerman