Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengumumkan kelab dari Liga Super China, Shandong Luneng tidak dibenarkan beraksi dalam saingan AFC Champions League 2021 (ACL) kerana didapati telah melanggar peraturan kewangan.

AFC mengatakan bahawa mereka tidak layak menyertai ACL kerana melanggar salah satu peraturan kewangan dimana kelab tidak boleh berhutang dengan pemain semasa atau bekas pemain, atau pihak berkuasa.

Saingan kelab kelas tertinggi Asia itu dijadualkan berlangsung pada pertengahan April dan Luneng diundi dalam kumpulan J bersama Port FC, Kitchee FC dan satu lagi pemenang play-off.

Bagaimanapun, AFC setakat ini belum mengumumkan nama pasukan yang akan menggantikan tempat pasukan itu dalam kumpulan J.

Namun begitu, Shandong Luneng akan membuat rayuan kepada AFC untuk membenarkan mereka bertanding dalam saingan ACL. Jika rayuan mereka ditolak, Beijing Guoan akan menggantikan tempat mereka.

Menurut media China, Shandong Luneng mempunyai masalah ‘hutang tertunggak’ disebabkan oleh perselisihan faham antara jurulatih dari Jerman, Wolfgang Rolff, pembantu Felix Magath dan pihak kelab. Shandong mendakwa dia meninggalkan kelab tanpa izin sehingga mereka mempunyai hak untuk menamatkan kontrak.

Kelab itu gagal mematuhi keputusan Mahkamah timbang tara sukan (CAS) mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Bintang Muda Indonesia, Bagus Kahfi Sah Sertai FC Utrecht

RASMI: Portimonense SC Tandatangan Hirosawa Toki, Pemain Pertahanan Juara Sekolah Tinggi Jepun

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets