Bekas pemain pertahanan Perak, Shakir Hamzah dikhabarkan semakin hampir untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Singapura bagi menghadapi baki saingan musim 2021.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Shakir kini selangkah lagi untuk menyertai Lion City Sailors, kelab yang baru-baru ini disertai oleh Hariss Harun.

Shakir Hamzah memutuskan untuk meninggalkan Perak setelah pasukan itu menghadapi krisis tunggakan gaji sehingga menyebabkan pemain membuat boikot sebelum ini.

Selain Shakir, beberapa pemain utama seperti Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj, J. Pertiban dan Nazirul naim turut memutuskan untuk berhijrah ke pasukan lain.

Lion City Sailors merupakan pasukan yang dibanjiri oleh pemain bingang Singapura selain Hariss seperti Shahdan Sulaiman, Hadsan Sunny dan Gabriel Quak.

Mereka kini menduduki tangga kedua dalam carta Liga Singapura dengan kutipan 26 mata, satu mata dibelakang pendahulu iaitu Albirex Niigata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Shahrel Fikri Terpaksa Lupakan Baki Saingan Musim 2021

Nick Swirad Kembali Ke Liga Malaysia, Bakal Sertai Sri Pahang

Hussein El Dor Kembali Perkuatkan Benteng Pertahanan Perak