Salah seorang pemain import Perak, Shakir Hamzah dikhabarkan telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak sekaligus meninggalkan pasukan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Shakir mungkin akan kembali ke saingan Liga Singapura dengan menyertai dua kelab iaitu Tanjong Pagar atau Lion City Sailors.

Kem pasukan Perak mula goyah apabila mereka gagal membayar gaji pemain selama beberapa bukan sekaligus menyebabkan pemain membuat boikot dengan tidak menyertai sesi latihan.

Beberapa pemain utama seperti Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj dan J.Partiban kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan pasukan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City.

Salah satu destinasi Shakir iaitu Lion City Sailors merupakan pasukan yang dibarisi oleh pemain bintang skuad kebangsaan Singapura seperti Shahdan Sulaiman, Hassan Sunny dan Gabriel Quak.

Hamzah
Sumber Gambar: JST

Baru-baru ini, mereka menandatangani bekas ketua pasukan JDT, Hariss Harun dimana pemain tengah itu menyertai pasukan dengan kontrak tiga setengah tahun.

Selain Shakir Hamzah, beberapa pemain lain dijangka turut meninggalkan pasukan seperti Nazirul Naim dan Firdaus Saiyadi yang dikhabarkan menarik minat pasukan Liga Super.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Kedah Tiada Rundingan Untuk Dapatkan Khidmat Sanjar Shaakhmedov

Pemain Terengganu Bakal Divaksinkan Sebagai Persiapan Hadapi AFC Cup

UiTM Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Ketua Pasukan Harimau Muda Secara Pinjaman