Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan dua pemain iaitu Shahrul Nazeem dan Shahrul Nizam tidak dapat menyertai skuad kebangsaan dan hanya 22 pemain akan berlepas ke Amman untuk menghadapi 2 perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan.

Shahrul Nazeem dilaporkan mengalami kecederaan manakala Shahrul Nizam pula gagal dihubungi sekaligus tidak melapor diri bagi menyertai kem latihan pusat.

Persoalan mula tercetus di media sosial terutamanya di kalangan peminat bola sepak tanah air dimana mereka mempersoalkan mengapa Shahrul Nizam gagal melapor diri untuk menyertai skuad kebangsaan.

Setelah melakukan tinjauan, faktor utama mengapa Shahrul gagal melapor diri ialah kerana beliau turun ke laut dan sebab itulah pemain pertahanan Terengganu ini gagal dihubungi.

Peminat bola sepak negara serta-merta mengkritik Shahrul kerana beliau seolah-olah memandang rendah kehormatan yang diberikan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, pemain Terengganu sukar untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan dan apabila ada pemain yang dipanggil dan tidak melapor diri, maka perkara ini sedikit-sebanyak memberikan imej negatif terhadap kelab dari Pantai Timur itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Sharul Nazeem Cedera, Shahrul Nizam Pula Gagal Lapor Diri, FAM Bawa 22 Pemain Ke Jordan

Zainal Abidin: Melaka United Masih Belum Selamat Untuk Ke Suku Akhir

Tampilkan Prestasi Cemerlang, Kontrak Natanael Siringoringo Bakal Disambung