Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Posisi penyerang utama sememangnya bukan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Penyerang tempatan yang tidak diberi peluang oleh kelab untuk tampil dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap dalam saingan Liga Malaysia menjadi punca utama mengapa pasukan negara ketandusan penyerang berbisa.

Baru-baru ini, bekas pemain pertahanan negara, Shahrom Kalam membuat imbas kembali mengenai seorang lagi bekas pemain Harimau Malaya, Hazwan Bakri yang ketika itu menjadi salah satu pemain di bahagian serangan.

Shahrom memberi komen mengenai kesukaran pertahanan Jerman, Mats Hummels yang dilihat sukar untuk mengawal penyerang Perancis, Kylian Mbappe pada perlawanan kumpulan F temasya EURO 2020 antara kedua-dua pasukan pada awal pagi ini.

Menurut Shahrom Kalam, kesukaran Hummels mengawal Mbappe sama seperti yang dihadapi oleh pemain pertahanan Selangor pada musim 2014 dan 2015 ketika Hazwan berada di kemuncak prestasi dimana sukar untuk mengawal pemain ini khususnya ketika sesi latihan.

Hazwan sendiri memulakan karier bersama skuad kebangsaan dengan cemerlang dimana beliau menjaringkan hatrik pada penampilan pertama bersama skuad senior ketika menentang Sri Lanka pada 2012.

Shahrom Kalam

Sumber Gambar: FAM

Akan tetapi kelibat Hazwan sudah tidak lagi dilihat bersama pasukan negara setelah gagal untuk menampilkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Malaysia.

Kini berusia 29 tahun, Hazwan banyak menghabiskan masa dengan beraksi dalam saingan Liga Perdana bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Dion Cools Gembira Pasukan Negara Tewaskan Thailand

Vietnam Cipta Sejarah Ke Pusingan Akhir WCQ 2022 Buat Kali Pertama, Muncul Selaku 12 Pasukan Terbaik Asia

Skuad Negara Tamatkan Saingan Dengan Kemenangan Ke Atas Thailand

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group