Penjaga gol Kedah Darul Aman, Shahril Sa’ari menasihati pemain Perak agar segera mencari pasukan baharu ketika mereka menghadapi isu tunggakan gaji selama dua bulan.

Dalam satu temu bual bersama Harimau Malaya, Shahril yang pernah menjadi mangsa ditipu ketika beraksi bersama Perlis Northern Lions berasa kasihan dan menasihati pemain segera berhijrah keluar dari pasukan Liga Premier itu.

Shahril Sa’ari
Sumber Gambar: Kedah Darul Aman

“Masa dengan Perlis dulu, bila pemain-pemain dapat tahu yang kami semua ditipu, kami terus mula cari pasukan baru dan sentiasa ambil tahu situasi semasa yang pihak berwajib akan buat.

“Nasihat saya, pemain kena selalu bertanya untuk dapatkan kepastian samada pasukan akan terus berjalan atau pasukan dalam masalah untuk disingkirkan daripada liga,” kata Shahril Sa’ari.

Pasukan Perak dilaporkan gagal untuk mengotakan janji mereka untuk melunaskan tunggakan gaji apabila pemain dan pegawai pasukan masih belum menerima gaji.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pasukan tersebut berhutang dua bulan gaji dengan pemain baharu dan empat bulan gaji kepada pemain lama.

Tinjauan kami di laman media sosial pemain dan staf kejurulatihan Perak mendapati mereka nyata kecewa kerana pengurusan pasukan gagal untuk mengotakan janji mereka dimana gaji akan dibayar selewat-lewatnya pada 7 Mac.

Shahril Sa’ari
Sumber Gambar: Instagram

Sebelum ini, Perak mengeluarkan kenyataan dimana mereka akan membayar gaji pemain selewat-lewatnya pada 7 Mac lalu sepertimana yang telah tertakluk dalam kontrak.

“Muhammad Yunus Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif pasukan menyatakan bahawa pihak pengurusan akan membuat pembayaran itu selewat-lewatnya pada 7hb Mac seperti yang
dinyatakan dalam kontrak masing-masing.

“Beliau juga berkata bahawa kelab bercadang
untuk menyelesaikan semua tunggakan kepada pemain sedia ada, atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Perak terpaksa menggunakan jersi pra musim untuk menghadapi saingan Liga Premier dan jersi rasmi pasukan hanya akan tersedia pada bulan April atau Mei.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TMJ Tak Cakap Kosong, Terus Luluskan Cek Untuk Tukar Padang Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kim Pan-gon Minta Semua Pihak Bersabar

Lima Pemain Yang Wajar Dipanggil Menyertai Pasukan Kebangsaan