Selepas 6 minggu menyertai saingan Toyota Thai League 1 bersama Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Thai League Cup 2018.

Tirai jaringan pertama itu berjaya dibuka ketika Shahrel turun beraksi menentang Grand Andaman Ranong United pada 5 Ogos yang lalu, dimana skuad Swat Cat berjaya mara ke pusingan separuh akhir dengan keputusan 3-1 untuk bertemu Chiangrai United.

Menurut artikel dari Fox Sport Thailand, Shahrel memberitahu bahawa beraksi dalam saingan Toyota Thai League yang kompetitif, tempo permainan dalam liga itu adalah jauh lebih laju berbanding Malaysia.

“Jaringan dalam perlawanan bertemu Ranong itu telah memberikan satu keyakinan buat saya dalam saingan Toyota Thai League. Saya gembira berjaya menemui sasaran akhirnya.

shahrel fikri

“Sekarang saya masih cuba untuk menyesuaikan diri dan pemain-pemain Thailand dalam pasukan banyak membantu saya.

Dalam pasukan itu, ketua jurulatih Milos Joksic banyak menggunakan Shahrel dipelbagai posisi dibahagian depan bagi mencapai kesesuaian untuk memaksimakan kelebihan yang ada.

Namun Shahrel mendedahkan bahawa beliau tidak kisah mengenai perkara itu kerana apa yang lebih penting bagi beliau adalah setiap minit aksi dalam saingan Toyota Thai League itu lebih berharga dan pengalaman yang diperolehi itu cukup penting dalam kariernya.

Selain itu, dalam temunbual ringkas itu juga Shahrel diajukan soalan mengenai peluang beliau bagi menyertai skuad kebangsaan Malaysia dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 hujung tahun nanti dan beliau menyatakan bahawa perkara itu terserah kepada ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk membuat keputusan.

“Bagi saya, ia bergantung kepada Tan Cheng Hoe samada mahu memanggil saya atau tidak untuk AFF Suzuki 2018. Saya perlu bekerja lebih keras untuk menyertai skuad kebangsaan kerana sudah ada Safawi serta Akhyar Rashid.

“Sebagai pemain, saya perlu berusaha keras untuk pasukan Nakhon Ratchasima FC sebelum memikirkan mengenai AFF Suzuki 2018 kerana jika saya berjaya mempamerkan aksi yang bagus disini, peluang untuk menyertai pasukan kebangsaan lebih terbuka luas”, kata Shahrel mengenai perkara iitu.