Kelibat penyerang skuad kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Fauzi dalam kesebelasan utama pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia setakat ini masih lagi jarang dilihat walaupun pemain itu menampilkan prestasi cemerlang ketika menyarung jersi negara.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic lebih gemar meletakkan Shahrel atau yang lebih mesra disapa Eki di bangku simpanan dan menurunkan Ronaldo Enrique bagi menerajui barisan serangan pasukan. Eki hanya dimasukkan pada separuh masa kedua lebih tepatnya berbaki 10 minit perlawanan untuk tamat.

Perkara ini menimbulkan dakwaan bahawa Shahrel seolah-olah sudah tawar hati untuk beraksi bersama Perak. Dakwaan ini timbul setelah pemain berusia 26 tahun itu memadam gambar beliau menyarung jersi Perak di laman media sosial Instagram miliknya.

IG Shahrel

Dalam profile Instagram Eki, beliau hanya meninggalkan gambar ketika beraksi bersama pasukan negara, gambar ketika beraksi bersama kelab Thai League 1, Nakon Ratchasima FC dan juga gambar ketika beliau mewakili PKNP FC pada dua musim lalu.

Ramai pihak mempersoalkan keputusan Mehmet untuk tidak menurunkan Shahrel Fikri dalam kesebelasan utama Perak khususnya ketika Ronaldo tidak berada dalam prestasi terbaik. Ini kerana pemain itu merupakan salah seorang penyerang tempatan terbaik dalam saingan Liga Malaysia ketika ini disamping penyerang Johor Darul Ta’zim, Syafiq Ahmad.

Shahrel Fikri

Shahrel Fikri Fauzi. Sumber Gambar: FAM

Lebih-lebih lagi Eki telah menjaringkan hatrik ketika Malaysia menewaskan pasukan Timor Leste pada perlawanan kedua saingan peringkat kelayakan pusingan pertama Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun lalu. Pada perlawanan pertama, Eki turut menjaringkan satu gol.

Dalam saingan Piala Malaysia setakat ini, jentera serangan Perak sedikit tumpul dimana gandingan Careca dan Ronaldo hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja. Sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki ketumpulan di bahagian serangan sekaligus mencerahkan peluang juara bertahan itu untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Artikel lain berkaitan dengan Shahrel Fikri Fauzi

Shahrel Fikri Buktikan Kemampuan Pimpin Barisan Serangan

Persaingan Shahrel Fikri Dan Syafiq Ahmad Beri Impak Positif

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group