Penyerang baharu Selangor, Shahrel Fikri menyatakan perpindahan beliau ke skuad Red Giants merupakan satu perkara yang tepat untuk karier dan masa depan beliau.

Shahrel sah diumumkan sebagai pemain Selangor pada semalam dan beliau menegaskan kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu sudah menyatakan hasrat untuk mendapatka khidmatnya dari 2017. Namun, beliau terpaksa menolak kerana masih mempunyai kontrak bersama Perak.

“Selangor menunjukkan minat untuk mendapatkan saya dari tahun 2017. Memang sudah lama mereka menyatakan hasrat untuk menandatangani saya. Tetapi ketika itu saya masih mempunyai baki kontrak bersama Perak.

“Saya menyertai pasukan yang sedang meningkat naik dengan prestasi yang agak baik dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Saya rasa pemilihan saya untuk bersama Selangor tahun depan adalah tepat untuk karier saya dan untuk masa depan saya,” kata Shahrel menurut laporan Astro Awani.

Shahrel muncul sebagai penjaring terbanyak di kalangan pemain tempatan dalam saingan Liga Super musim 2020 dimana beliau berjaya menjaringkan 10 gol, dua gol di belakang pemenang kasut emas iaiatu rakan sepasukan beliau pada musim hadapan, Ifedayo Olesegun.

Masih belum jelas mengenai nombor jersi yang akan digunakan oleh Shahrel namun besar kemungkinan pemain berusia 26 tahun itu bakal menyarung jersi bernombor 10.

Baca artikel lain mengenai Shahrel Fikri dan perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: Shahrel Fikri Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Selangor FC Musim 2021.

Nik Akif Syahiran Jadi Buruan Pasukan Liga Super

Safiq Rahim Jadi Pemilik Kelab Liga M3